728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Inspirasi

Tindakan Pemilik Sunway Ini Sangat Mengejutkan Dan Ramai Daripada Kita Tidak Mampu Pun Nak Buat Walau Sangat Simple

Tindakan Pemilik Sunway Ini Sangat Mengejutkan Dan Ramai Daripada Kita Tidak Mampu Pun Nak Buat Walau Sangat Simple

Jeffrey Cheah, salah seorang jutawan malaysia yang menghampiri status billionaire dilihat mengutip sampah.

Menurut seorang warga netizen, Gary Chong memberitahu di wall Facebooknya, “Hari ini semasa saya sedang bersiar-siar di Bandar Sunway saya terlihat sekumpulan dewasa berbangsa Asia sedang berjalan bersama dan mengutip sampah yang dibuang merata.”

Sumber : Facebook Gary Chong

Sumber : Facebook Gary Chong

Pada mulanya Chong menganggap mereka merupakan Orang Jepun kerana perilaku itu sama seperti di Osaka dan Kyoto.

Dengan perasaan ingin tahu, Chong menghampiri mereka dan mendengar loghat Malaysia. Menariknya, salah seorang daripada mereka adalah muka yang dikenali.

“Saya berjalan melepasi mereka, dan ternampak muka yang agak familiar, dan kejap, search Google, lelaki tersebut adalah salah seorang lelaki terkaya di Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah!”

Tan Sri Dato’ Jeffrey Cheah pemilik Sunway dan memiliki kekayaan sebanyak $865 juta.

Menurut Chong, “Ini adalah satu senario yang sangat mengagumkan melihatkan seorang yang sangat disegani dan dikagumi membuat satu perkara yang sangat simple dan sangat merendah diri, tanpa mana-mana media pun”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register