Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Tindakan Trump Berat Sebelah Kepada Israel Mengundang Kemarahan Umat Islam Seluruh Dunia

Tindakan Trump Berat Sebelah Kepada Israel Mengundang Kemarahan Umat Islam Seluruh Dunia

Arab Saudi mengecam keras keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengakui secara rasmi Jerusalem sebagai ibu kota Israel. Saudi menyebut tindakan Trump itu tidak boleh dibenarkan dan tidak bertanggungjawab.

Trump pada Rabu mengakhiri ketidaktentuan pendirian Amerika Syarikat terhadap status Jerusalem yang menjadi rebutan Palestin dan Israel sekian lama. Secara rasmi, Trump mengakui Jerusalem sebagai ibu kota Israel dengan mengarahkan pemindahan Kedutaan Besar AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

Langkah Trump ini telah mengundang kecaman dunia dan berpotensi mencetuskan pertumpahan darah di Timur Tengah.

Saudi menyebut, keputusan Trump itu melanggar ‘hak rakyat Palestin’. Saudi meminta Trump untuk mempertimbangkan kembali keputusannya yang mengundang banyak kecaman.

“Kerajaan telah mengingatkan kesan daripada langkah itu,” kata Arab Saudi.

Pada Selasa, Raja Saudi Salman bin Abdulaziz al-saud berkata pemindahan Kedutaan AS ke Jerusalem merupakan langkah bahaya yang boleh menyebabkan kemarahan orang islam di seluruh dunia.

Tindakan Trump ini telah memusnahkan segala kemungkinan positif dalam penyelesaian dua negara. Amerika Syarikat ketika ini tidak boleh lagi memainkan peranannya dalam proses perdamaian Israel dan Palestin kerana tindakan terbaru ini yang ternyata berat sebelah.

Presiden Trump boleh dikatakan telah melakukan kesilapan besar kerana tidak mengajak kedua pihak untuk berunding tetapi lebih kepada menambah api kemarahan rakyat Palestin dengan tindakan tersebut.

Sebagai protes atas keputusan Trump, rakyat Palestin diseru agar menunjukkan kemarahan mereka selama tiga hari di mana pemerintah Amerika Syarikat telah mengeluarkan larangan perjalanan kepada rakyat AS untuk menghindari tebing barat dan Jerusalem.

Disebabkan tindakan terbaru oleh Presiden Trump ini, terdapat sedikit risiko dalam pasaran pada Selasa dan Rabu yang menyaksikan pengukuhan matawang Yen. Hal ini dibimbangai oleh pasaran kerana bakal mengundang kemarahan umat islam seluruh dunia.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!