Tips Fundamental: Swing Trade Dengan Hanya Melihat Kadar Faedah Yang Tinggi?

0 1,123

Ada yang bertanya tentang bolehkah kita trade swing dengan melihat kadar faedah negara yang tinggi?

Maknanya di sini dengan mendapatkan matawang negara yang mempunyai kadar faedah tinggi dan yang rendah, seterusnya jadikan ia satu pair matawang. Kalau macam ni memang senang, dan satu kerja yang sangat mudah. Tapi hakikatnya ia bukan seperti itu.

Analisis nak trade khususnya swing trade tidak cukup dengan hanya melihat kadar faedah yang tinggi. Jika dgn hanya melihat kadar faedah yang tinggi sudah tentu matawang NZD paling banyak membuat kenaikan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Satu lagi contoh EUR/USD di mana kadar faedah di Zon Eropah adalah 0.0% pada tahun 2017 dan kadar faedah di Amerika Syarikat 0.50% pada awal 2017. Jika hanya melihat kadar faedah yang tinggi, sudah tentu pair ini membuat penurunan sepanjang tahun lalu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana EUR/USD membuat tren kenaikan.

Pasaran ketika ini lebih banyak bergerak mengikut sentimen – sentimen politik, geopolitik, Trump, Syria, Korea utara, NAFTA, tariff. Inilah penggerak pasaran terbesar sejak beberapa bulan ini.

Untuk trade perlu kita tahu apakah tumpuan semasa pasaran?

Bukan mengatakan kadar faedah tidak penting, tetapi itulah perkara pertama yang kita perlu tahu. Buat masa ini pergerakan pasaran lebih kepada sentimen. Macam mana nak tahu sentimen? Jika sesuatu berita itu selalu dan banyak di cover oleh agensi berita pasaran seperti Bloomberg, Reuters, CNBC – Itulah sentimen semasa.

Dah tahu sentimen semasa, kaitkan sama ada berita itu menyokong matawang atau tidak?

Contoh buat masa ini, sentimen pasaran adalah baik. Kesannya adalah kepada kelemahan Yen. So, kita carik SELL Yen sahaja. Atau pun apabila sentimen berubah menjadi buruk, kita cari pula peluang untuk BUY Yen.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa