Tips Mengelakkan Anda Terlalu Beremosi Semasa Trade Forex

0 1,480

Kami ada satu tips untuk mengelakkan anda terlalu emosi semasa trade. Anda disarankan menggunakan wang lebihan daripada gaji atau pendapatan dan jangan sesekali menggunakan WANG PANAS.

Jangan deposit WANG PANAS iaitu wang keperluan bulanan kerana anda akan terdedah kepada emosi yang benar-benar ketara. Ramai yang beremosi disebabkan depo wang keperluan antaranya duit sewa rumah, bill api air, ansuran kereta, dan lain-lain lagi.

Dalam forex trading ni bukanlah teknik atau modal yang penting untuk bertahan lama. Paling penting adalah emosi, kerana ramai yang mempunyai skill trading yang baik tetapi gagal dari segi psycologi atau emosi. Oleh sebab itu, pengurusan kewangan (money management) sangat dititikberatkan dalam dagangan forex.

Sudah pasti anda perlu perbetulkan money management di rumah dahulu dengan mengasingkan wang keperluan keluarga dan komitmen bulanan sebelum memperuntukkan wang untuk deposit ke akaun forex.

Pengurusan kewangan atau dalam konteks ini peruntukan wang untuk trade adalah PERSEDIAAN awal yang penting. Jika PERSEDIAAN ini tidak dibuat dengan betul, saya bimbang anda akan kecundang dalam masa yang singkat dalam forex trading. Sebab utamanya adalah GAGAL MENGAWAL EMOSI dengan baik.

Apabila emosi sedang menguasai, mulalah anda menggandakan Lot saiz dan merisikokan akaun dengan lot yang tidak munasabah. Seandainya terkena Stop Loss, katakan risiko yang tidak munasabah sehingga 30% dalam satu-satu position, hanya 3 kali Stop Loss akaun anda akan hancur (Margin Call). Ini akan menyebabkan anda lebih beremosi dan hentak lot besar selepas itu untuk mendapatkan semula modal yang telah rugi.

JANGAN ambil mudah soal EMOSI. Sebaiknya bagi trader yang baru gunakan dahulu akaun demo yang disediakan broker. Selepas itu boleh mulakan akaun real dengan mendapatkan modal free $50 daripada beroker FBS. Klik sini untuk dapatkan modal percuma dari FBS.

Goodluck kepada anda semua!

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa