TIPS Menjadikan Akaun DEMO Lebih REAL Agar Tidak Memakan Diri

0 2,159

Memulakan trading dengan latihan menggunakan ‘Demo Akaun’ adalah satu tindakan terbaik untuk membiasakan diri dengan forex trading. Demo akaun juga baik untuk anda BERLATIH membuat analisis teknikal, melukis chart, backtesting, atau forward testing. Walaubagaimanapun, akaun demo mempunyai kelemahannya sendiri.

Kelemahan paling besar adalah, akaun demo tidak dapat memberikan kesan kepada emosi apabila anda mempunyai Open Trade atau ketika position sedang floating negatif. Kita tidak akan merasakan EMOSI dan STRESS mendagangkan wang sebenar.

Pernah tak anda rasa, “mudahnya trading dengan akaun demo”, SENANGNYA nak buat untung! Ramai newbie yang memulakan akaun demo dengan deposit $100,000 dan tidak sampai sehari telah berjaya meningkatkan modal itu kepada $140,000 atau $150,000. Ini memang hebat, tetapi ia tidak cukup REAL, kerana jarang retail trader seperti kita membuka akaun dengan modal $100,000. Jika kita menggunakan akaun demo dengan modal yang terlalu besar – selepas itu terus menggunakan akaun real, biasanya kita tak realistik dalam meletakkan lot position dan mengambil risiko.

Banyak lagi kesilapan yang kita buat semasa membuka demo akaun menjadikan prestasi kita dalam akaun real tidak seperti yang diharapkan.

Jom kita fokus bagaimana untuk membuatkan akaun demo nampak lebih REAL.

Pertama sekali anda MESTI membuka akaun demo dengan modal yang REALISTIK iaitu amaun yang lebih kecil seperti $1000 dan bukannya $100,000. Maksud saya di sini deposit amaun yang anda mampu contohnya $1000, $500 atau $2000. Dengan amaun sebegini SIMULASI latihan anda dalam demo akaun menjadi lebih REAL.

Dengan menggunakan akaun demo yang kecil anda akan mendapat faedah berikut:

– PROFIT yang anda dapat dalam demo akaun adalah hakikat sebenar profit yang mungkin akan anda dapatkan dalam akaun REAL. Amaun besar dalam demo akaun hanya akan membuatkan anda OVER-CONFIDENT, inilah yang perlu kita elakkan.

– SPREADS juga adalah REAL. Biasanya newbie yang menggunakan amaun besar dalam demo akaun akan cuba mendapatkan PROFIT dalam satu pergerakan kecil. Dengan peratusan PROFIT yang kecil contoh 5% daripada $100,000 dalam DEMO – anda sudah dapat $5,000. Ia sudah dianggap besar bukan? $5,000 dalam Ringgit anda sudah dapat RM20,000, BANYAK tu. Ini sebenarnya akan menjadikan anda TIDAK REALISTIK dan OVER-CONFIDENT.

Inilah persiapan yang anda perlu buat jika anda seorang NEWBIE. Bermula dengan betul, buat persiapan betul untuk mendapatkan PROFIT yang betul. REALISTIK! Orang yang tak realistik itulah yang GAGAL awal dalam industri ini.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa