Share This Post

Tips dan Nasihat

Tips Akaun Forex, Demo vs Kecil vs USD1000

Tips Akaun Forex, Demo vs Kecil vs USD1000

Ramai yang bertanya saya, jika mereka baru trade forex tetapi tak ada modal dan mahu rasakan “feel” real akaun bagaimana? Ya, saya akui. Keseronokan trading adalah apabila kita trade real money. Baru “feel” tu datang.

Sebenarnya dari segi penyesuaian anda perlu belajar trade demo akaun dahulu sebelum trade duit betul. Pada tahap ini ramai yang tahu dan akui, dah test segala jenis akaun demo. Dari USD100 sehingga USD100,000. Tetapi masih “tak feel.”

Pendapat saya, akaun demo bukanlah untuk anda rasa “feel” tersebut. Ia untuk anda berlatih bagaimana sebagai seorang yang baru dalam trading. Bagaimana buy dan sell. Strategi dan teknik apa yang menarik. Bagaimana kawalan margin. Bagaimana bertindak jika strategi trading salah. Akaun demo untuk tujuan itu. Masih ramai yang lupa tujuan akaun demo tersebut.

Jika anda nak rasa feel, anda boleh bermula dengan beberapa amount modal. Paling rendah yang kita tahu dan possible dalam forex trading adalah 5 USD dan tiada paling tinggi. USD 5 adalah sekitar RM20. Tetapi amount ini hanyalah sesuai jika anda nak rasa trading duit betul sahaja. Untuk dapatkan pulangan yang berbaloi dari amount ini adalah suatu yang mustahil dan high risk. Kita tahu lebih ramai forex trader yang baru, akan hangus modal jika deposit sebanyak ini. Dan akan berulang membuat deposit sehingga mungkin kalau dikumpulkan jumlah deposit, mencecah 5 angka. Ini kerana deposit sikit-sikit dan ia sangat high risk.

Amount 5 USD adalah tidak logik jika anda nak dapatkan percentage daripadanya. Takkanlah anda nak dapatkan 10-15% sebulan dari 5 USD. Ia sangat membuang masa dan tenaga. Tidak berbaloi anda mengadap chart lama-lama.

Pendapat saya, amaun paling sesuai jika anda nak mulakan dan stabil dalam bidang ini adalah sekitar USD1000. Tetapi seperti kita sedia maklum, ramai yang tidak sabar untuk mula merasakan realiti trading forex ini. Jadi ramai yang ambil keputusan deposit permulaan yang sangat rendah yang kadang-kadang berisiko bagi yang tidak menguruskan akaun dengan baik.

Rasional modal USD1000 adalah bagi mendapatkan keuntungan yang memuaskan dengan cara ‘pengurusan risiko’ teratur di samping ‘pengurusan emosi’ yang baik. Tanpa kedua-dua ini, walau anda mempunyai satu teknik yang ‘power’ anda tak akan ke mana.

Jika tidak anda perlu kembali ke demo akaun. Cara ini lebih bagus dan anda akan menimba pengalaman yang lebih selamat dan menarik dalam forex trading ini. Selamat mencuba.

Belajar Analisis Fundamental dari A to Z – KLIK SINI

Share This Post

Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung Moshed.com setiap bulan. Follow beliau di FB personal beliau - Klik Sini

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!