728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Trade Akaun Demo Boleh Untung, Trade Akaun Real Asyik Rugi. Di Sini Saya Terangkan Kenapa

demo-akaun-forex

Untuk demo trading menjadi bermanfaat, sepatutnya tiada perbezaan antara akaun demo dan akaun real.  Kita perlu gunakan trading plan yang sama dengan had risiko yang sama, strategi yang sama seolah-olah akaun demo tersebut adalah akaun sebenar.  Ramai yang menggunakannya secara main-main sahaja, kerana itulah ramai trader yang berjaya di akaun demo tetapi gagal di akaun real. Kenapa?

# Nisbah Modal

Pertama nisbah modal yang berbeza. Start akaun demo dengan $50,000 dan buka post ikut suka hati sedangkan mungkin trader tersebut tiada pun modal sebanyak itu untuk bermula trading.  Jadi ketika buka akaun demo, pilihlah modal yang sewajarnya yang lebih hampir kepada modal sebenar yang anda boleh laburkan.

Memang banyak broker memberikan kita lebih banyak wang maya daripada yang boleh diadakan untuk buka akaun real. Ini adalah untuk memastikan trader berasa selesa semasa trade, tetapi ia juga bermakna bahawa ramai trader akan berdagang dengan sikap yang lebih relax dan santai daripada apa yang mereka akan lakukan dengan jumlah modal yang lebih kecil.

Oleh kerana itu, seorang trader picisan yang mungkin tidak memiliki $50,000 sebagai modal untuk bermula trade forex, kehilangan $10,000 dalam akaun demo tidak akan nampak real seperti kehilangan $10,000 wang sebenar di akaun real. Kesannya trader akan jadi overconfident bila untung, dan mendapat kefahaman yang rendah terhadap pengurusan risiko; yang kemudiannya membawa kepada prestasi yang sangat mengecewakan dengan akaun real.

# Main-main

Kedua, ramai yang ambil sikap akaun demo seperti main game sedangkan akaun demo bukanlah satu permainan. Jika anda tidak mendekatinya dengan disiplin, ia mungkin tidak menjadi apa-apa selain daripada alat pemasaran untuk broker, yang akan menggoda anda untuk buka akaun real dengan mereka. Jika anda trade demo seolah-olah anda seorang jutawan dengan jumlah dana yang besar untuk didagangkan dan anda rugi, ini petanda jelas bahawa keputusan tidak akan berpihak kepada anda bila anda trade akaun real.

Memang, sebagai manusia kita lebih cenderung untuk overestimate keupayaan kita. Demo trading tanpa disiplin dan semakan jurnal untuk muhasabah dan betulkan salah faham dalam trading, dengan mudahnya boleh menjadikan kita overconfident dan membuat keputusan yang tidak realistik.

# Tujuan

Ketiga, kita perlu ingat bahawa demo trading tidak boleh menjadi pengganti untuk real trading dalam apa jua cara sekalipun. Kita untung banyak manalah pun dalam demo, masih tidak boleh withdraw. Kita mungkin boleh tipu orang dengan ambil screenshot seolah-olah kita trade beratus-ratus lot. Tetapi sampai bila kita nak tipu diri kita sendiri sedangkan kerjaya kita dalam bidang forex tidak kemana.

Akaun demo hanyalah alat untuk menguji broker, diri kita sendiri atau strategi trading yang baru. Keadaan pasaran sebenar dan kecairan semasa dalam akaun real boleh membawa kepada darjah yang berbeza dalam hal slippage dan quote daripada apa yang ditemui semasa demo trading. Selain itu, tekanan emosi demo trading biasanya mempunyai hubungan yang sangat sedikit dengan pengalaman sebenar. Walau sekecil manapun akaun real tersebut, ianya adalah dana sebenar yang anda hilang bila rugi atau boleh withdraw bila untung.

# Kesimpulan

Kesimpulannya, demo trading adalah cara terbaik untuk belajar tentang pasaran dan menguji sistem trading anda. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan real trading dan tidak ada jumlah kejayaan atau keyakinan dalam demo trading yang boleh menyamai dalam keadaan pasaran sebenar di real trading.

Asalkan kita gunakan untuk tujuan ia diciptakan, iaitu ujian dan percubaan, ia adalah sangat berguna. Tetapi apabila digunakan di luar daripada itu, ia juga boleh mengudang padah kepada kerjaya anda sebagai seorang forex trader dalam jangka masa panjang.

Rahsia penggunaan MoshedFX’s Magic Line dan cara trading yang berkesan diceritakan dengan lebih lanjut dalam Pakej MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery. Info lanjut – KLIK SINI


 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register