728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Trade Forex di Bulan Ramadhan, Apa Tips-Tips Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kekal Profit

Trade Forex di Bulan Ramadhan, Apa Tips-Tips Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kekal Profit

Kebiasaanya apabila tiba bulan Ramadhan, pola trading kita pun berubah. Ya lah, bulan ini datang sekali sahaja setahun, dan sangat bersyukur kita masih ditemukan dengan bulan yang mulia dan penuh barokah ini. Bulan Ramadhan kita jangan sia-siakan. Saya yakin forex trader yang biasa part-time ataupun full time pasti berubah cara tradingnya, sebab petang sibuk untuk persediaan berbuka, malam pula pengisian taraweh. Berikut adalah tips-tips trading ketika tiba bulan Ramadhan, agar keseimbangan aktiviti trade dan amalan kita terjaga.

#1 Cari Peluang Trading Ketika Waktu Sahur atau Subuh

Mungkin sebelum ini anda kurang beri perhatian kepada pasangan matawang yang bermula sesi awal paginya awal-awal subuh seperti Pair NZDUSD ataupun AUDUSD. Mungkin bulan ini anda boleh mula mengkaji serba sedikit tentang pair tersebut. Kerana pair ini aktif pada waktu-waktu subuh. Jadi selepas sahur dan solat subuh, sebelum pergi ke tempat kerja, mungkin boleh luangkan sedikit masa untuk kaji dan lihat mana-mana setup yang ada. Tetapi jangan lupa pula news-news besar bagi dua pair tersebut yang biasanya release awal pagi. Tak kisah juga pair Euro ataupun Pound sekalipun, janji sesuaikan cari setup pada awal pagi.

telegram-moshed

#2 Kurangkan Scalping, Lebihkan Intraday Trading

Kebiasaan forex trader yang full time mungkin tiada masalah untuk scalping dan berada di hadapan MT4 setiap masa pada awal pagi dan petang bulan ramadhan. Tetapi mungkin pada waktu malam ia tidak sesuai kerana kita akan busy bertaraweh. Jadi jika ada setup set and forget untuk Intraday, yang perlukan tahap perhatian yang minima sangat menarik. Kerana risau, nanti sambil bertaraweh, mata menjeling MT4. Lebih baik utamakan ibadah, inshaALLAH tidak lari market dikejar.

#3 Trading Berkumpulan

Ramai juga forex trader yang saya tahu aktif trading secara berkumpulan. Jadi sangat bagus jika lakukan aktiviti beribadah taraweh bersama-sama, selepas sahaja taraweh dan ‘ngap’ moreh, boleh sama-sama trading dan berbincang untuk cari setup intraday secara berkumpulan. Cara ini akan lebih minimakan kerugian kerana saling berbincang dan berkumpul pada waktu yang tidak menganggu taraweh dan ibadah malam. Cuma kalau berkumpul tu jangan la sampai lewat pagi pula. Nanti trading ke mana, sahur ke mana.

#4 Khususkan Waktu Trading

Mungkin sebelum ini kita jarang khususkan waktu sebab waktu banyak dan terlalu lapang. Pada bulan Ramadhan ini, masa perlu dibahagikan secara betul untuk trading. Jadi tetapkan waktu khusus yang tertentu, yang tidak menganggu waktu kajian trading. Jadi otak pun tidak asyik memikirkan chart MT4 jika kita ada waktu khusus trading.

#5 Gunakan Trading Plan

Bagi yang sebelum ini kurang biasa merangka trading plan mungkin sudah perlu cuba berjinak-jinak. Menggunakan trading plan dalam keadaan busy dengan hal lain dapat mengurangkan kesalahan kita trading pada waktu sibuk dengan ibadah bulan ramadhan. Trading plan juga mungkin boleh dirangka pada waktu malam, ketika sudah berbuka dan bertaraweh, otak kita lebih tenang untuk buat kajian. Esok, follow sahaja. Trading Plan pula mungkin lebih kepada strategy swing dan intraday.

Pihak MoshedFX mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua Forex Trader seluruh Malaysia yang membaca tips ini. Jangan lupa kongsikan dengan klik button Facebook di bawah untuk Share ya. Semoga kita dapat manfaat bersama. Semoga rezeki dan trading kita pada bulan Ramadhan ini mendapat lebih keberkatan. Aminn.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register