Share This Post

Isu Forex Malaysia

Trade Forex Guna Robot Adakah Masih Relevan ?

forex-robot-malaysia

Market forex beroperasi 24 jam sehari, dan sebagai manusia biasa, kita perlu tidur, mungkin pergi kerja, lakukan urusan harian dan lain-lain. Banyak urusan orang ramai nak automatik sekarang ini. Kalau boleh semuanya automatik. Jadi oleh sebab itu juga tercipta robot forex atau juga dikenali nama dengan Expert Advisor, atau Automated Trading, autopilot forex trading dan lain-lain nama lagi. Jika anda tanya saya, saya tidak pernah trade guna robot, kerana saya sangat selesa trade secara manual dan lebih kurang risiko jika trade manual, tetapi saya akan ceritakan tentang apa yang saya tahu tentang trade forex guna robot.

Apa itu robot forex/EA forex ?

Konsepnya adalah arahan trading yang dicipta dalam bentuk script, berpandukan strategi trading forex yang akan masuk buy/sell untuk kita. Juga mungkin akan close order, letak Stop Loss, Take Profit secara automatik. Bagaimana robot ni masuk order? dia akan masuk order ikut arahan trading yang disetkan. Banyak jenis sebenarnya forex robot ni, ada trade gaya martingale, ada trade secara hedging, ada trade ikut Moving Average dan macam-macam lagi. Pendek kata cara trade tu dah disetkan oleh pencipta robot untuk lakukan secara automatik untuk trader tersebut.

Ramai orang akan tanya, untung ke trade forex guna robot ? Dengar macam senang kan ? Pasang robot ke MetaTrader dan biar saja robot running sambil on PC. Bunyi macam mudah, tapi sebenarnya banyak juga robot yang trade mengkhinzir buta, buy sell macam orang gila, dan ada yang buy sell dengan sangat berstrategi, semuanya bergantung kepada jenis strategy robot itu sendiri.

Untung ke trade forex guna robot ?

Jika anda tanya tentang masih relevan atau tidak,melalui pengalaman saya, dan pengalaman rakan-rakan forex trader saya yang trade guna robot, jika nak cari robot forex ni, cari yang trade secara low risk, drawdown pun kecil, macam trade manual lah katakan, cari yang beri 10-15% sebulan dah cukup. Modal yang sanggup rugi juga agak besar, perlu diletakkan sebagai modal untuk support trading tersebut. Jangan tamak-tamak. Dan anda juga perlu jaga dan monitor aktiviti robot tersebut, kerana market forex tidak menentu. Tak semua bentuk market yang robot forex boleh handle. Sebab trading strategy yang diprogramkan di dalam script robot forex tersebut adalah berpandukan masa lalu, dan dalam etika trading, market masa lalu dan performance masa lalu tidak boleh menentukan performance masa hadapan. Market forex volatile, fundamental news, speculator, rumours, semua menggerakkan market.

Forex robot ini, ada yang cipta sendiri,langgan, boleh beli dari online dan download forex robot percuma. Tapi pastikan anda berhati-hati kerana banyak website yang tawarkan jual beribu-ribu forex robot tersebut tetapi performance sangat high risk dan sangat tidak sesuai, ramai juga scammer jual robot forex di luar sana. Anda perlu test dahulu robot forex/EA tersebut, mungkin berbulan-bulan sebelum trade real. Dan apa juga alasan pun pastikan anda betul-betul faham asas forex dan telah mempunyai pengalaman trading manual sebelum cuba trade guna robot. Sehingga hari ini saya masih belum berjumpa forex robot yang betul-betul bagus, dan saya juga masih selesa trade sendiri tanpa bantuan robot kerana lebih secure dan selamat manual trading ini. Tetapi saya tak nafikan ramai juga diluar sana mempunyai robot forex yang bagus.

Oh ya, jika ada robot forex/EA Robot ini, lebih selamat dan bagus jika anda host dan letakkan Virtual Private Server (VPS) untuk forex robot, kerana VPS sentiasa ON. Jika anda hostkan di rumah, mungkin masalah jika PC tertutup, eletrik terputus, talian internet terputus dan macam-macam masalah lain sebab Robot ini perlu sentiasa ON untuk jalankan aktiviti trading mengikut strategy yang ditetapkan.

Apa-apa pun pastikan manage portfolio forex trading anda, tetapkan matlamat dan cara yang jelas untuk mencapainya. Semoga berjaya.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register