728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Trade Forex ibarat seorang Sniper Handal!

Trade Forex ibarat seorang Sniper Handal!

Artikel ini merupakan artikel yang menekankan ketepatan kita dalam setiap entry kita. Bukan sekadar buat keputusan sell atau buy secara membabi buta. Artikel ini juga akan membuatkan anda terfikir selama ini anda adalah gambler atau trader sejati.

Sniper dalam ketenteraan memainkan peranan yang sangat penting dalam peperangan terutama ketika berhadapan dengan musuh. Sniper, mereka mempunyai kesabaran yang sangat tinggi, mahir menggunakan senjata yang dimiliki, dan mempunyai tahap kawalan yang sangat tinggi ke atas mental dan fizikal mereka walaupun dalam situasi yang mendebarkan. Seperti seorang Sniper, kita wajib mengambil konsep yang sama daripada mereka dalam Forex trading…

Forex trading dan medan peperangan sama. Kita perlukan senjata yang betul, cara guna yang sesuai. Selain itu, kita juga kena seimbangkan disiplin diri dan kawalan diri dan yang terakhir adalah entry dengan tenang, yakin dan berhemah.

telegram-moshed

Trader yang memilih trade mereka dengan bijak, ibarat seorang Forex “sniper” dan biasanya mereka inilah yang kekal lama dalam industry ini. Manakala trader yang sekadar menembak tanpa target, iaitu yang hanya mahukan keuntungan yang tidak masuk akal dalam 1 trade adalah mereka yang akan kehabisan peluru terlebih dahulu, dan akan mudah penat dan gagal mencapai matlamat dalam market ini.

Jadi, artikel ini ditulis untuk mengambil cara Sniper dan aplikasi cara tersebut dalam tiap trading plan kita.

  • Gunakan maklumat yang betul-betul meyakinkan

Salah satu perkara yang kita boleh belajar daripada seorang Sniper adalah mereka bertindak apabila apa yang mereka lihat adalah disahkan oleh beberapa perkara seperti laporan daripada pasukan Scout. Dan mereka tidak akan bertindak selagi mereka tidak nampak target dengan tepat.

Sama dalam Forex trading, setelah kita membuat mapping pada graf, kita akan tengok dari segi Teknikal, Fundamental, Depth of Market sama ada adakah semua memberi informasi yang berkaitan atau dipanggil confluence  dalam Bahasa Inggeris.

Jika tidak confluence, maka kita akan cuba elakkan trade tersebut, dan kita akan menjadi lebih memilih dalam melaksanakan trading plan kita.

  • Timeframe yang lebih tinggi

Sebagai seorang tentera terutama Sniper, mereka akan kaji dan kaji dahulu battleground mereka. Mereka akan memberi tumpuan lebih kepada lokasi berlindung, lokasi musuh, lokasi bersembunyi dan apakah yang boleh membantu mereka semasa peperangan.

Manakala sebagi seorang trader, Timeframe merupakan battleground kita. Kita akan mula merancang trade kita dengan mengenalpasti Support & Resistance, Trend, Chart Pattern dan sebagainya. Cuma daripada mana kita bermula, menentukan ketepatan dalam mengenalpasti elemen-elemen penting ini.

Jadi daripada mana kita bermula? Semestinya daripada Timeframe yang besar terlebih dahulu seperti Weekly dan Daily Timeframe kerana di situ letaknya elemen-elemen major, dan kita tahu SnR di Weekly Timeframe lebih kuat daripada di H4 Timeframe. Kemudian baru beralih ke Timeframe yang lebih kecil untuk melihat minor SnR dan sebagainya.

  • Sabar, sabar dan sabar

Apabila musuh berjaya dikesan, seorang Sniper tidak akan gopoh untuk menembak. Mereka akan sabar mencari peluang terbaik bagi memastikan tiap peluru mereka tidak dibazirkan.

Apabila kita nampak setup, pastikan setup itu betul-betul dalam SOP trading kita. Apabila mahu laksanakan trading plan, guna Pending/Limit Order. Elakkan daripada menggunakan Instant Order kerana itu hanya akan membuatkan anda kurang sabar untuk masuk dalam trade.

Sabar dan tengan sangat-sangat memainkan peranan penting dalam Forex trading. Tanyalah mereka yang berjaya, pasti jawapan mereka adalah sabar itu salah satu kunci dalam bidang yang mencabar ini.

  • Menguasai teknik dengan baik

Untuk menjadi seorang Sniper memerlukan latihan bertahun-tahun untuk mendapatkan skil menembak yang terbaik. Bukannya mereka hanya berlatih satu hari satu malam dan boleh memenangi peperangan dengan latihan yang tidak mencukupi itu.

Begitulah juga sebagai seorang Forex trader, pastikan Analisa Teknikal, Analisa Fundamental, Depth of Market dan Money Management dikuasai telebih dahulu menggunakan akaun Demo sehingga keuntungan yang dihasilkan menguntungkan. Kemudian barulah beralih ke akaun Real.

Gilap skil trading anda, pastikan teknik yang digunakan itu betul-betul boleh menjana wang barulah masuk ke medan trading dengan betul.

  • Mindset kena betul

Menjadi seorang Sniper, mindset mereka adalah mereka kena berdisiplin, yakin dan sabar. Mindset inilah yang menentukan sama ada mereka mampu atau tidak memastikan peluru mereka tepat ke arah musuh.

Mindset seorang trader juga sangat penting. Mindset trader yang berjaya adalah mereka yang yakin bahawa Forex trading adalah satu perjalanan, bukan satu destinasi.

Keuntungan yang dimahukan adalah konsisten bukan sekadar keuntungan jackpot! Baca pos ini untuk membetulkan mindset anda sebagai seorang trader sejati.

Jadi, tanya diri anda, apakah mindset yang anda ada sekarang, adakah anda mahu jadi gambler atau trader?

Kesimpulan

Secara keseluruhan, menjadi Sniper adalah idaman semua trader. Mahukan sharp entry, kalau boleh mahu membidik seperti menggunakan Sniper Rifle yang sangat hebat.

Asah mindset, skil trading seperti anda sangat-sangat desperate. Buktikan pada diri sendiri dan keluarga bahawa anda mampu dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang anda mahu.

Belajar Analisa Teknikal, belajar Analisa Fundamental. Tidak lupa juga Depth of Market dan juga Money Management untuk berjaya dalam industri ini.

Klik link di bawah untuk membaca tips bagus untuk anda : 

Teruskan bersama MoshedFX.com!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register