Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Trade Forex Sambil Bercuti, Koh Samui Aku Datang !

Kenapa forex trading ini juga adalah salah satu bentuk kerjaya yang selesa, dan satu bentuk business yang sangat melapangkan dada, kerana anda boleh trading dari mana-mana sahaja. Jika anda sudah mempunyai akaun forex, anda hanya perlukan internet untuk lakukan transaksi dagangan, buy dan sell, tidak kiralah anda di New York, Paris, Bali, Japan, Korea ataupun seperti saya di Koh Samui, Thailand. Tetapi perlu ingat, business ini perlu ada ilmu, jika tidak kita boleh rugi kesemua modal yang ada. Tetapi jika ada ilmu, ada skill dan teknik yang sangat selesa, forex trading ini memang kerjaya yang best.

Sudah lama tak bercuti, asyik mengadap chart forex, jadi pada sekitar bulan lepas saya bercuti ke Koh Samui,(honeymoon :D), terletak di Gulf of Thailand, pantai memang cantik tak perlu cerita. Pada mulanya saya betul-betul ingin pergi bercuti dan tinggalkan segala forex trading dan kerja di Malaysia, tetapi saya fikir why not jika ada masa, trading di tepi pantai yang indah, mengadap laut yang biru, jika ada setup trading yang profitable, we make some money dan boleh kita berbelanja lebih di negara orang betul tak ?

Jadi senjata yang perlu ada, ialah my money machine (Macbook Air), Internet Connection(most of the hotel there provide Wifi for Free even tepi pantai pun boleh dapat connection),  Neteller Debit Card, dan ATM Machine di negara orang. Di Koh Samui, ATM machine memang banyak, CIMB Niaga, Krungsri, Kasikornthai yang terima MasterCard dan Visa di sekitar Pantai Lamai dan Chaweng. Jadi tak perlu risau.

Di sana, niat di hati hanya ingin cari setup trading yang dapat, tetapi dari sana saya dapat idea dengan teknik trading style yang baru dan simple, cara paling simple untuk analisis, sesuai digunakan ketika bercuti lah kiranya. Saya akan cuba dedahkan teknik ini khas untuk pembaca blog MoshedFx nanti. Stay tuned 😀

Jadi apa proses untuk trade forex sambil bercuti ?

Langkah 1, trade forex di tepi pantai, suasana aman damai, ditemani Coconut Shake.

moshedfx-kohsamui

Langkah 2, Cari ATM Machine yang Accept Master Card.

krungsi-atm-moshedfx-02

Langkah 3, Keluarkan Neteller Card yang mengandungi Profit Forex dan terus withdraw. Caj sekitar 10 usd untuk withdrawal 😀

krungsi-atm-moshedfx

Teruskan Bercuti, enjoy your profit!  Honeymoon ! <3

Tidak semua perkara susah, dan tidak semua perkara mudah. Perlu susah dahulu sebelum senang kemudian. Kerja dahulu dan bercuti kemudian. Good luck untuk semua forex trader, FOMC Trading malam ini. – MoshedFx

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register