banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Trade Forex Tak Sampai 2 Minit, Tanpa Analisis ?

Trade Forex Tak Sampai 2 Minit, Tanpa Analisis ?

Ini bukanlah teknik trading, atau cara trading yang ingin saya ceritakan. Pernah tak anda,buka plaftorm trading tak sampai 2 minit, dah masuk order. Ini dinamakan ketagihan trading, ada signal tak ada signal tetap nak masuk. Pernahkah anda mengalami perkara begini ? Ya, saya dulu juga pernah mengalami perkara yang sama. Masuk order tanpa fikir panjang, just atas pemerhatian sahaja.

Selepas itu jika float negative, mula lah buat analisis, tarik sini, tarik sana. Masuk indicator ini, masuk indicator baru dan lain-lain. Hanya kerana nak tengok indicator atau analisis kita tu mengikut posisi yang kita masuk samada buy dan sell. Katakan jika kita masuk sell, dan posisi kita sedang negatif, jadi kita pun masukkan semua segala indicator yang ada di dalam MT4 nak bagi benarkan posisi kita sell tadi. Jika indi indi tersebut tunjuk BUY, kita tak percaya still cari yang tunjuk kononnya sell, sedangkan posisi kita makin lama negatif makin besar. Berjam-jam analisis mengadap chart, adakah ini betul ? Anda biasa laluinya ? 😀

Sepatutnya kita mengadap chart berjam-jam untuk buat keputusan SEBELUM masuk order, bukan analisis dalam 2 minit sahaja untuk masuk order dan akhirnya mengadap dan analisis berjam-jam SELEPAS masuk order. Selepas masuk order, order dah ada disitu, jadi dah tiada guna untuk habiskan masa begitu lama hanya untuk analisis membenarkan order kita masuk tadi seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang pergerakan lawan arah kita masuk. Bila tak dapat terima kenyataan, emosi kita akan terganggu dan kita mula masuk banyak post tanpa mempedulikan lagi kawalan Money Management.

telegram-moshed

Sebelum masuk kita patut dah ada analisis yang tepat, Stop Loss level dan Take Profit Level. Begini kan lebih mudah. Ada trading plan, dan sudah tahu risk percentage yang sesuai jika kena Stop Loss pun. Inilah gunanya trading plan. Kecuali anda seorang scalper, yang sudah tahu bila nak masuk dan bila nak exit.

Tetapi bila keadaan floating negatif, scalper pun tiba-tiba boleh jadi swinger. Lawak kan ? 😀 Jika terjadi begini, anda sebenarnya masih belum sesuai trading secara professional, trade untuk cari makan. Ia sangat bahaya. Tiada trading plan, tiada analisis yang betul, risk reward yang betul, ketagih masuk order mengkhinzir buta tanpa analisis dan mungkin tidak tahu pun kenapa masuk order di situ. Semuanya hanya sebab perkataan ‘NAMPAK MACAM NAK NAIK’, “Nampak macam nak turun”. Jom kita betulkannya.

forex-motivation-quotes

Jom tukar tabiat kita trading forex 🙂

forex-trader-relax

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register