Share This Post

Tips dan Nasihat

Trade Forex untuk Hidup dengan Akaun Yang Kecil. 5 Tips yang Perlu Anda Baca

Trade Forex untuk Hidup dengan Akaun Yang Kecil. 5 Tips yang Perlu Anda Baca

Trade forex untuk hidup memang agak berbeza dari segi teknik dan emosi dari trading untuk dapatkan income tambahan ataupun untuk long term investment. Saya banyak melakukan pecahan akaun, seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini. Iaitu profit di bahagikan kepada portion untuk kegunaan(withdraw) dan satu lagi dibahagikan kepada high risk account. Result dari high risk akaun tidak berapa bagus, walapun sekali dapat, ia seperti reward yang besar dan BONUS dan ia masih relevan terhadap risk reward ratio.

Tetapi apabila melihat akaun high risk yang blow begitu sahaja, saya rasakan ia sesuatu yang agak rugi jika tidak mencuba cara baru untuk maksimumkan keuntungan dan potensi akaun tersebut.

Dari sana saya belajar beberapa perkara dan mendapati bahawa dengan akaun yang kecil juga ia dapat memberikan sebuah akaun trading untuk hidup, dan ia amat sesuai untuk forex trader yang masih mencari-cari cara untuk “trade for a living” menggunakan akaun kecil.

telegram-moshed

#1: Teknik Trading

Untuk akaun kecil, cari teknik yang lebih bersesuaian iaitu teknik scalping. Teknik scalping memerlukan masa anda di hadapan chart lebih banyak. Ia tiada masalah, sebab anda memang mempunyai masa. Masa digunakan untuk tukar menjadi pip. Teorinya adalah berhenti setiap kali anda berada dalam keuntungan. Untung sahaja close. Untung sahaja close. Idea untuk “let the profit run” hanya akan menganggu emosi anda. Cakap memang mudah untuk biarkan sahaja profit berjalan, tetapi ramai yang tewas dan tiada disiplin.

Apabila kita trade untuk hidup, emosi memang banyak memainkan peranan. Jadi jangan semakkan kepala dengan emosi yang anda susah kawal. Untuk scalping saya gemar ambil 5-10 pip. Kadang-kadang 3 pip pun ambil. Janji untung.

Scalping memang terbaik pada garisan support dan resistance yang berkesan. Saya juga ada tunjukkan sedikit tips bagaimana untuk trade berdasarkan support dan resistance yang berkesan di dalam Pakej Mudahnya Belajar Forex, dan boleh diolah kepada scalping teknik untuk ambil 3-10 pip yang berkualiti.

#2: Size Lot

Ramai yang bertelagah. Pip lebih penting ataupun USD lebih penting. Buat untung yang paling penting sebenarnya. Untuk trade menggunakan akaun kecil, ketetapan lot tidak membolehkan anda untuk trade untuk hidup. Nilai lot perlu meningkat berkadaran dengan nilai baki. Dan perlu menurun berkadaran dengan turunnya baki. Cari nilai lot yang sesuai, yang tidak menyebabkan anda over trade dan sekali gus meletupkan akaun anda yang kecil. Ramai yang cakap, perlu trade kecil-kecil, biar untung sikit tak apa. Tetapi jika anda grow akaun anda dari USD500 ke USD1000, dan anda trade untuk hidup, keuntungan yang kecil tidak membolehkan anda membayar segala keperluan seperti bil eletrik, internet, barang dapur untuk hidup dan lain-lain keperluan hidup. Gandakan sedikit demi sedikit, tapi jangan overtrade!

#3: Menghadap Chart Forex

Untuk trade secara scalping, ramai yang ingat bangun tidur sahaja. Mula open position, buat 1-2 pip, atau 5-10 pip sambil klik-klik mouse sambil minum kopi. Tidak! Anda perlukan masa yang lebih lama menghadap chart untuk memerhatikan peluang yang ada untuk masuk order. Ada peluang baru masuk. Ada tempat ranging kecil pada resistance atau support line baru masuk. Ada ketidaktentuan fundamental news baru masuk. Ada news yang trending, high impact jangan pula masuk. Itu bukan scalping, itu layer berlapis-lapis yang boleh menyebabkan anda overtrade. Scalping adalah ambil sikit-sikit pada masa yang betul, bukan layer banyak-banyak pada masa yang tak betul.

Menghadap chart setiap hari dan perhatikan dimana anda boleh buat 3-10 pip, sekali atau dua kali bagi satu pair. Ada 3-5 pair sudah cukup untuk anda dapatkan pip scalping yang cantik.

#4: Jenis Akaun yang Betul

Bab broker juga jangan lupa yang anda perlu mencari broker yang sesuai iaitu akaun yang mempunyai spread yang rendah dan broker anda benarkan trading secara heavy scalping. Ini memberikan reward untuk anda mendapatkan trading volume yang baik dan pip yang berkualiti tanpa bergaduh besar dengan broker apabila hendak withdraw nanti.

Untuk grow akaun kecil ke besar, memerlukan anda mempunyai sebuah akaun forex yang betul dan tepat. Akaun kecil seperti USD500 atau USD1000 untuk membuka standard lot, mungkin tidak mempunyai masalah. Tetapi bagi yang mempunyai akaun pecahan high risk yang mungkin hanya USD100 atau USD200 untuk dikembangkan dan ia akan membimbangkan jika tidak mempunyai control kepada flexibility akaun tersebut.

Saya masih mencadangkan akaun yang terbaik perlu bermula dengan modal USD1000 dan dapatkan 15-30% sebulan sebagai income tambahan membayar rumah, bayar kereta, upgrade taraf hidup mungkin. Tetapi perlu ingat, kita berbicara tentang akaun yang kecil dari permulaan artikel ini tadi dan potensinya untuk menjadi akaun trade untuk hidup.

Cadangan saya anda boleh gunakan akaun Cent atau Micro. Anda akan berasa lebih selesa dan selamat disebabkan nilai lotnya yang kecil. Masih ada broker yang bagus menawarkan akaun micro, anda boleh cari dipasaran.

#5: Ilmu dan Situasi

Apa-apa sahaja perkara yang dilakukan perlu bersesuaian dengan semua situasi. Sesetengah perkara tidak menjadi bagi kita mungkin sebab kurangnya usaha ataupun kurangnya ilmu kita dan dikaburi oleh emosi yang tidak dapat dikawal. Dari segi kajian saya, semua perkara ada possibility jika kita mempunyai ilmu yang betul. Anda tak perlu menjadi trader yang sentiasa boleh kembangkan akaun kecil menjadi besar. Anda hanya perlu mempunyai satu set disiplin dan ilmu yang betul untuk “mencuri” pip, dan ulang proses berulang kali. Akaun tersebut akan automatik menjadi besar dengan sendiri.

Ilmu dahulu, duit datang kemudian – Mosheddotcom

 

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register