Tron (TRX) Matawang Digital Paling Popular Di Awal 2018 Melonjak 4,500%

0 585

Selepas kejayaan Bitcoin (BTC), Rippel (XRP) dan Litecoin (LTC), satu lagi matawang digital ‘TRON’ mendapat permintaan tinggi sehingga melonjak sejak daripada Ahad (31/12/2017).

Tron (TRX) mencapai paras harga $0.18 pada Khamis (4 Januari 2018), meningkat lebih daripada 100% berbanding sesi dagangan Rabu. Selepas lonjakan ini, Tron kini mempunyai modal pasaran $12.43 setakat pada masa artikel ini ditulis. Modal pasaran matawang ini hanya berada pada jumlah $5.17 billion pada Rabu.

Di sini kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Tron (TRX)

#1 Modal pasaran Tron (TRX) telah meningkat sehingga empat kali ganda sejak empat hari yang lalu daripada hanya $3 billion kepada $12 billion pada hari ini.

#2 Tiga bulan lalu, harga Tron bergerak di sekitar julat $98 juta yang bermaksud matawang ini telah meningkat lebih daripada 100 kali ganda dalam satu suku tahunan. Harga Tron ketika itu hanyalah $0.003 berbanding harga sekarang di paras $0.19. Harga matawang ini telah meningkat sebanyak 4,500% dalam masa tiga bulan.

#3 Tron dibina di atas sistem blockchain dan protokol sumber yang terbuka untuk industri hiburan digital. Ia membolehkan interaksi P2P (peer to peer) antara pembekal konten digital dengan pengguna. Penyedia konten digital tidak perlu lagi membayar yuran yang tinggi kepada platform seperti Google Play store dan Apple’s Appstore.

#4 Tron diasaskan oleh Justin Sun. Beliau adalah seorang anak muda dan protege kepada Jack Ma, pengerusi Alibaba Group. Justin menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Pennsylvania.

#5 Tron diperkenalkan ke dalam ICO (Initial Coin Offering) pada Ogos 2017 dan mula didagangkan pada September 2017. Tidak sampai setengah tahun, Tron kini menduduki tempat 10 teratas dalam Coinmarketcap.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa