Trump Mahu AS Keluar Dari Perjanjian NAFTA, Dolar Kanada Menjunam

0 764

Kanada semakin yakin Presiden Trump akan mengumumkan Amerika Syarikat untuk keluar daripada NAFTA (North American Free Trade Agreement) sekaligus menyebabkan Dolar Kanada (CAD) dan Peso Mexico menjunam pada Rabu.

Komen ini menambah keraguan kepada prospek rundingan semula NAFTA yang telah berjalan sejak tahun lalu yang mana Trump telah mengancam untuk menarik diri jika tiada perubahan besar dibuat terhadap perjanjian itu.

Ketiga-tiga negara dijangka akan masuk ke rundingan pusingan ke-enam pada 23-28 Januari di Montreal selepas beberapa pusingan rundingan telah selesai tahun lalu.

Namun, masih belum pasti Amerika Syarikat akan keluar daripada NAFTA. Perkara ini juga membawa sedikit kebimbangan tentang potensi perpecahan ketiga-tiga negara sehingga membawa indeks saham Wallstreet ditutup rendah pada Rabu.

Dolar Kanada (CAD) pula menjunam berbanding US dolar disebabkan kebimbangan NAFTA yang mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BoC) minggu depan.

CAD dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan USD/CAD melonjak sehingga 100 pip, GBP/CAD naik 120 pip pada lewat sesi dagangan Rabu.

“Mike Archibald, pengurus portfolio di AGF Investments Toronto berkata, “terlalu banya ketidaktentuan ketika ini di rantau tersebut.”

“Kemungkinan NAFTA akan ditamatkan semakin besar,” kata ketua eksekutif Royal Bank of Canada, Dave McKay.

“Kerajaan makin pasti dengan perkara ini … ia dalam perancangan untuk Trump mengumumkan keluarnya AS dari NAFTA,” kata satu sumber yang tidak mahu dinamakan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa