Trump Menyalahkan China dan Russia Membuat Penipuan Matawang

0 1,255

Presiden Trump mengkritik China dan Russia yang melemahkan nilai matawang mereka semasa Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah. Kritikan ini dapat dilihat dalam tweet terbarunya dua jam lepas.

Tweet ini muncul selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengeluarkan laporan separa-tahunan matawang pada Jumaat. US dollar telah jatuh sehingga 10% berbanding Yuan dalam tempoh 16 bulan dan kini didagangkan di sekitar paras terendah pertengahan 2015.

Sejak kempen pilihanraya presiden AS pada 2016, Trump telah mengkritik rakan dagangnya terutama China yang kononnya menipu perdagangan dengan cara melemahkan matawang.

Trump menyalahkan China yang memanipulasi matawang dan bercadang untuk menaikkan isu ini ke Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Beliau juga berikrar untuk mengenakan 45% tariff terhadap import China dan menyalahkan import produk murah sebagai sebab pengurangan pekerjaan di Amerika Syarikat.

Mengikut tweet terbaru itu, Trump mengatakan China dan Russia bermain menurunkan nilai matawang dalam masa yang sama AS terus menaikkan kadar faedah. Kita tahu Trump menyalahkan kedua-dua negara itu tetapi adakah Trump juga menyalahkan The Fed yang terus menaikkan kadar faedah?

The Federal Reserve atau bank pusat Amerika telah menaikkan kadar faedahnya pada bulan lalu dan dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa