Trump Mungkin Akan Memecat Penyiasat Khas AS Yang Sedang Menyiasat Beliau

0 1,278

Presiden Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memecat Timbalan Peguam Negara di Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, Rod Rosenstein. Hal ini disebabkan tindakan penggeledahan pejabat peguam bela peribadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Pemecatan ini jika benar berlaku akan menghalang penyiasat khas Robert Mueller yang ditugaskan menyiasat Trump dan orang-orang yang terlibat dalam campur tangan pilihanraya presiden AS pada penghujung tahun 2016.

Trump dikatakan berang dengan pejabat kehakiman dan siasatan AS kerana tidak melindunginya daripada penyiasatan Mueller.

Michael Cohen pula adalah peguam bela rasmi Presiden Amerika Syarikat ketika ini. Jika pejabat Cohen pula digeledah, ini akan mencetuskan kemarahan Trump dan berkemungkinan beliau akan bertindak lebih aggresif.

Terdapat juga laporan bahawa Trump sedang giat merundingkan tentang pilihan yang harus diambil berhubung perkara ini. Rundingan ini dibuat bersama ahli-ahli Parti Republikan di Kongress dan salah seorang ahli dikatakan tidak menyarankan pemecatan Rosenstein.

Rosenstein adalah orang atasan Robert Mueller yang mengarahkan siasatan terhadap kaitan Rusia dalam campur tangan pilihanraya presiden dahulu.

Untuk pengetahuan anda, White House juga telah menyatakan bahawa Presdien AS boleh memecat Robert Mueller. “Kami sudah diberitahu bahawa Presiden ada kuasa untuk mengambil keputusan itu,” kata pegawai Sarah Sanders.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa