Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Trump? Satu Lagi Siri Pergerakan Pantas Pasaran Pukul 10 Pagi Ini!

Trump? Satu Lagi Siri Pergerakan Pantas Pasaran Pukul 10 Pagi Ini!

Presiden Trump akan menyampaikan ucapan pertamanya kepada Kongres pada Rabu 10 pagi waktu Malaysia. Dagangan pada Rabu dijangka dalam keadaan volatile (turun-naik) dengan pasaran menjangka komen tentang polisi fiskal yang ditunggu-tunggu selama ini.

Sebelum ini kita hanya mendengar retorik yang umum dari Trump tentang perancangan fiskal beliau. Kali ini beliau perlu memberi respon yang lebih lanjut kepada sebarang pertanyaan Kongres. Oleh itu, besar kemungkinan kita akan mendapat maklumat yang lebih jelas pada pukul 10 pagi ini.

Beliau telah berjanji untuk mengurangkan cukai korporat dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan US bagi menampung projek infrastruktur, tetapi jika ada potensi kepada peningkatan ‘downside risk‘ hal ini akan mengurangkan potensi kenaikan kadar pada Mac ini yang seterusnya melemahkan US dolar.

Namun, jika pada hari ini ucapan Trump kepada Kongres semuanya berjalan dengan baik dan apa yang dijanjikan sebelum ini diterjemahkan, pasaran dijangka bergerak menyokong US dolar.

Segala retorik Trump untuk meningkatkan rangsangan fiskal dan pemotongan cukai dijangka tidak memberikan kesan yang berpanjangan kepada penguatan US dolar jika terdapat komen tentang ‘polisi melemahkan US dolar’.

Beberapa minggu lepas, isu ini banyak diperkatakan selepas komen Peter Navarro penasihat ekonomi Trump yang menjurus kepada perhatian pihak pentadbiran kepada nilai matawang. Peter Navarro ketika itu mengkritik Jerman yang menggunakan Euro yang rendah untuk memanipulasi perdagangan.

Pandangan Trump kepada nilai US dolar juga sedang hangat diperkatakan oleh pelabur-pelabur antarabangsa dan menjadi perhatian mereka. Pelabur bertaraf global sudah tentu melihat hal ini mampu merubah situasi ekonomi dan memberi kesan kepada pelaburan mereka. Laporan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pasaran bahawa pentadbiran baru US seperti mahu melemahkan nilai US dolar.

Jika pentadbiran baru US benar-benar mahu melemahkan US dolar, ini adalah bercanggah dengan pemotongan cukai yang dijanjikan beliau kerana perubahan fiskal seperti ini hanya akan menguatkan US dolar. Pihak perbendaharaan US (Kementerian Kewangan) dijangka akan memasuki pasaran forex untuk melemahkan US dolar, jika benar-benar ingin bersaing dengan China dan Jepun dalam perdagangan global.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!