728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Tunggu Sekejap! Pengasas Amazon Ini Ada 3 Pesanan Penting Untuk Anda!

Tunggu Sekejap! Pengasas Amazon Ini Ada 3 Pesanan Penting Untuk Anda!

Daripada ramai usahawan yang menguasai bidang teknologi hari ini, Jeff Bezos merupakan salah seorang yang masih kekal meneruskan legasi kejayaannya dalam bidang tersebut.

Siapa tak kenal pengasas Amazon.com ini.

Bezos mula menceburkan diri dalam dunia internet sejak tahun 1995. Walaupun melalui perkembangan yang amat pesat dalam dunia teknologi tanpa sempadan, Bezos tetap memastikan Amazon terus bernafas sehingga hari ini.

telegram-moshed

Ramai menggelarnya CEO kapitalis Amerika yang terkenal selepas Steve Jobs.

 

Disini kami bawakan 3 prinsip Bezos dalam memastikan kelangsungan perniagaannya kekal bertahan sehingga hari ini :

  1. Prinsip ‘Kerusi Kosong’

Pada permulaan penubuhan Amazon.com, Bezos akan menyediakan beberapa kerusi kosong di dalam setiap kali mesyuarat eksekutif. Setiap kerusi kosong akan dianggap sebagai individu dan pelanggan. Jadi, setiap keputusan yang dibuat didalam mesyuarat tidak harus membelakangkan pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga akan diberi layanan yang sama dan dianggap sebagai raja. Disebabkan prinsip yang diterapkan ini juga menjadikan pelanggan mereka obses dengan setiap perkhidmatan yang disediakan sehingga hari ini.

  1. Maaf tidak akan merendahkan maruah seseorang

Pada tahun 2009, Amazon mengalami krisis dengan sebahagian pelanggannya. Lantaran dari kesalahan itu, Bezos sendiri menulis surat permohonan maaf tidak rasmi dan menghantarnya kepada semua pelanggan.

Menurut Bezos, apa-apa yang menyakiti pelanggan ibarat menyakiti dirinya sendiri. Menurut beliau lagi, mengakui kesilapan akan menyebabkan mereka kehilangan pelanggan. Namun, jika mereka tidak memohon maaf atas kesalahan mereka, mereka ibarat menolak pelanggan pergi lebih jauh dari mereka.

  1. Gagal ialah syarat kejayaan

Bezos pernah memberitahu pelabur pertama yang ingin melabur di dalam syarikatnya bahawa 70% peluang dia akan kehilangan kesemua wang yang dilaburkannya. Jadi jangan melabur jika takut untuk kehilangan semua aset yang ada.

Bezos tahu bahawa satu hari beliau akan gagal. Tapi beliau juga pasti yang tiada apa-apa yang mampu menghalangnya untuk bangkit semula dari kegagalan.

Jadi apa tunggu lagi, jika pernah gagal, move on! Jangan cepat mengalah!

Anda dah baca tips dari lelaki kaya ini? Klik disini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register