Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

Tuntutan Insurans Pengangguran Berkurangan Minggu Lalu

Tuntutan Insurans Pengangguran Berkurangan Minggu Lalu

Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas jatuh melebihi jangkaan berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini berikutan tuntutan di Texas dan Florida semakin berkurang selepas dilanda badai Harvey dan Irma.

Tuntunan tersebut berkurang sebanyak 15,000 iaitu kepada 243,000 bagi minggu berakhir pada 07 September, bacaan itu menunjukkan angka terendah sejak bulan Ogos. Manakala data minggu lepas, dikaji semula menunjukkan pengurangan 2,000 berbanding laporan awal.

Pegawai jabatan buruh menyatakan bencana ribut taufan sebelum ini telah memberi kesan terhadap jumlah tuntutan di Texas, Florida, South Carolina, Puerto Rico dan  Virgin Island.

Tuntutan faedah pengangguran telah berkurangan sejak awal bulan September selepas mencatat bacaan tertinggi dalam tempoh 3 tahun iaitu sebanyak 298 000 berikutan badai yang menimpa.

Berikutan Harvey dan Irma, Non-farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan bukan perladangan) merosot sebanyak 33,000 berbanding jangkaan 82,000, kejatuhan pertama sejak 7 tahun. Dijangkakan pertumbuhan pekerjaan akan meningkat pada bulan Oktober kerana penganggur yang terkena dampak badai akan mula dapat pekerjaan.

Pasaran buruh menghampiri guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran yang serendah 4.2%.

Purata tuntunan pengangguran 4 minggu (indikasi ukuran yang lebih baik) menunjukkan pengurangan sebanyak 9,500 iaitu kepada 257,500 pada minggu lepas.

Laporan tuntutan juga menunjukkan mereka yang mendapat insuran pada awal minggu berkurang sebanyak 32 000 kepada 1.89 juta bagi minggu berakhir 30 September yang merupakan paras terendah sejak Disember 1973.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!