Turunkan Harga Telko Atau Berhadapan Dengan Tindakan Undang-Undang – Gobind Singh

0 5,744

Kementerian Komunikasi dan Multimedia hanya memberikan tempoh sehingga 31 Ogos untuk memuktamadkan penurunan harga telko di Malaysia.

Pada mulanya, syarikat-syarikat telko di Malaysia hanya diberikan masa sehingga 31 Julai untuk berbuat demikian.

Dalam kenyataannya, kementerian melanjutkan tarikh tamat itu selepas beberapa syarikat telekomunikasi merayu untuk diberikan sedikit lagi masa.

Setakat ini hanya dua syarikat telekomunikasi yang bersetuju untuk menurunkan harga mengikut standard yang telah dikuatkuasakan pada Jun lepas. Ia adalah TM dan Maxis, manakala selebihnya belum memutuskan harga baru.

Dalam perkembangan sama, Gobind Singh Deo berkata kementerian akan mengambil tindakan sekiranya mereka masih berdegil untuk menurunkan harga.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menguatkuasakan penurunan harga jalur lebar mengikut Standard Mandatori bagi penetapan harga akses (MSAP) pada Jun lepas.

Gobind berkata beliau akan mengkaji semua pakej yang dicadangkan oleh syarikat selepas tarikh tamat.

“Walaubagaimanapun, jika ada syarikat telko yang enggan mengikuti standard MSAP, tindakan akan diambil mengikut undang-undang.”

“Kita tidak akan melayan mereka yang berdegil, dan saya serius tentang itu.”

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa