Share This Post

Tips dan Nasihat

Ubah Sekarang! Atau Anda Akan Menyesal!

Ubah Sekarang! Atau Anda Akan Menyesal!

Sebelum anda baca artikel ini, tanya diri anda sendiri “Sejauh manakah aku mahu daripada menjadi seorang trader dan tahap kemahuan tu tinggi atau hanya sekadar saja?”

Ramai melihat perubahan adalah satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan. Ia melibatkan ego, malas, alasan dan sebagainya. Namun perkara pertama dan terpenting untuk berhenti daripada membakar akaun adalah dengan berubah.

Perbincangan dalam artikel ini memerlukan komitmen anda, bukan setakat komitmen untuk membaca malah untuk praktik dan terus praktik hingg konsisten.

telegram-moshed

Perubahan yang dimaksudkan adalah :

Ubah cara pemikiran anda mengenai trading. Salah satu perkara yang membuatkan akaun seorang trader terbakar (MC) dan terus berlanjutan adalah kerana sentiasa memikirkan untung berbanding risiko dan juga mindset nak cepat kaya masih menebal dalam fikiran.

Ubah pemikiran tersebut dengan menghadam bahawa tiap sistem trade mempunya kebarangkaliannya.

Untuk menjadi seorang trader yang konsisten untungnya adalah dengan mempunyai kadar 60% profit, dan dengan menggunakan kiraan pengurusan akaun dengan betul terutama penggunaan Risk Reward Ratio yang betul seperti 1:1 ke atas maka akaun anda boleh menjadi akaun yang menguntungkan.

Ramai yang termakan dengan 1 trade yang menggunakan full margin atau terkenal dengan ‘lot gajah’ malah ada yang suka dengan ‘lot dinosaur’ sehingga duit makan minum susu anak pun habis terbakar!

Anda bukan gambler, tapi trader. Jadi trade biarlah bersistem dan betulkan sistem pemikiran dahulu sebelum anda dapatkan sistem trading.

Selain daripada itu, elakkan daripada ‘mengharap’ price nak ke mana tapi lakukan analisa dengan baik dan sentiasa trade apa yang nampak, bukan apa yang difikirkan.

Ubah cara emosi bertindak. Bak kata ramai trader berjaya, emosi memainkan peranan sehingga 90% sebagai seorang trader.

Latihan emosi sangat diperlukan. Dan ia bermula dengan pengurusan kewangan. Ramai yang tidak dapat kawal emosi kerana duit yang dideposit adalah duit makan minum harian, apabila loss, mula meracau, maki sana sini.

Macam mana nak latih emosi? Sebelum trade, dapatkan dan trade duit lebihan. Tiada duit lebihan? Tambah pendapatan melalui kerja lain terlebih dahulu. Kawal kewangan, simpan untuk trade.

Apabila kita tahu duit tersebut memang untuk trade semata-mata maka emosi kita akan lebih stabil. Dan apabila trade, loss atau profit, ajar emosi untuk bertindak profesional.

Tamak dan takut akan sentiasa menjadi peneman namun hanya anda yang boleh kawal 2 emosi ini. Jadi, sentiasa berlatih kawal emosi dengan baik.

Ubah sistem jika peratusan loss lebih tinggi. Jika anda sudah memulakan trade, dan hampir 90% daripada trade, anda loss maka anda kena semak kembali sistem.

Sentiasa kukuhkan asas trade, ilmu makin kita tambah makin kita rasa tak cukup. Dapatkan daripada sumber yang betul. Belajar teknik tak ada masalah tapi kukuhkan yang asas terlebih dahulu.

Kesimpulan

Jadilah trader yang profesional. Latih diri sendiri supaya suka membaca buku yang berkaitan dengan industri ini. Anda mahu jadi trader yang konsisten untungnya, bukan sekadar trade untuk jackpot.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register