728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Asia / USD/JPY

Ucapan Pertama Philip Lowe Mengubah Haluan Aussie Pagi Ini

Ucapan Pertama Philip Lowe Mengubah Haluan Aussie Pagi Ini

Aussie didagang melemah dalam sesi Asia sebaik sahaja selesai ucapan daripada Gabenor Bank Pusat Australia, Philip Lowe di Sydney.

Bank pusat Australia juga dijangka akan mengumumkan minit Oktober hari ini dan dijangka mengekalkan kadar stabil pada rekod terendah, 1.50%.

AUD/USD juga merosot 0.07%, ,manakala USD/JPY menurun 0.02%.

telegram-moshed
AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

Memetik kenyataan Lowe, angka inflasi bagi suku ketiga ini akan menjadi satu petunjuk penting mengenai hala tuju inflasi. Angka itu jelas menurun baru-baru ini dan jika kelemahannya berterusan, bank pusat tersebut mungkin akan mengambil langkah untuk kawalan selanjutnya.

Di New Zealand, harga pengguna dilaporkan meningkat. Atas sebab itu, NZD/USD mencanak naik sehingga 0.38% selepas data diumumkan.

NZD-USD, 30 minit

NZD/USD, 30 minit

RBNZ seterusnya akan mengkaji semula kadar tunai rasmi di New Zealand pada 10 November nanti dan pasaran menjangkakan peningkatan sehingga 25 mata asas kepada 1.75%.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 97.86.

Semalam US Dollar sedikit menurun apabila Fed New York mengatakan bahawa Empire State susut berbanding bulan sebelumnya.

Pun begitu, dalam satu laporan berasingan, pengeluaran industri dan perkilangan di AS menunjukkan lonjakan melebihi ramalan awal.

Indeks harga pengguna Zon Euro yang dikeluarkan pada Isnin juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4%.

Isu Yang Menimpa Samsung dan Hyundai Menghumban Ekonomi Korea Selatan Ke Paras Bahaya!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register