Ulasan News Besar US Dolllar Selepas FOMC Pukul 2 Pagi Tadi

0 659

US dollar pada sekitar pukul 2 pagi hari Khamis membuat kenaikan selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan.

Ahli-ahli FOMC (Federal Open Market Committee) bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah adalah diperlukan berikutan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dan keyakinan bahawa inflasi akan mencapai sasaran. Hal ini berdasarkan minit mesyuarat yang dikeluarkan pada pukul 2 pagi tadi.

“Ahli-ahli menjangka keadaan ekonomi akan bergerak dalam keadaan yang akan mewajarkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur,” kata The Fed dalam minit tersebut.

Jangkaan positif terhadap inflasi ini muncul selepas data harga pengguna (CPI) yang dikeluarkan pada Rabu meleset 0.10% pada bulan lalu. Ia juga adalah kejatuhan terbesar dalam tempoh sepuluh bulan yang lalu.

Selepas daripada minit tersebut dikeluarkan, ada firma penyelidikan pasaran yang memberikan unjuran lebih positif kepada kenaikan kadar faedah. Antaranya adalah TD Securities yang melihat The Fed akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak empat kali pada tahun ini.

The Fed juga menegaskan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada suku pertama hanyalah sementara yang disebabkan oleh banyak faktor.

Bank pusat Amerika Syarikat ini telah menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat bulan lalu yang telah dijangkan oleh pasaran. Jika mengikut kepada unjuran The Fed, terdapat dua lagi kenaikan kadar faedah pada tahun ini. Ketika ini pedagang-pedagang menjangka 90% kadar faedah akan dinaikkan pada bulan Jun.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa