Ulasan Penggerak Matawang Aussie Sepanjang Minggu Ini (28 Mei-1 Jun)

0 240

Matawang Aussie adalah matawang kedua paling lemah pada minggu ini. Matawang Aussie membuat terjunan pada Isnin dan Selasa sebelum memulih pada Rabu dan kemudiannya didagangkan mendatar (sideway) pada Khamis sehingga Jumaat.

Tiada sebab yang jelas kepada kejatuhan AUD pada isnin dan kemungkinan ia disebabkan sentimen berisiko politik Itali pada hari tersebut di mana Itali pada Isnin dijangka berhadapan dengan pilihanraya semula. Potensi pilihanraya semula ini semakin kuat pada Selasa seterusnya menyebabkan matawang AUD terus jatuh. AUD menjadi antara matawang yang akan tertekan jika terdapat risiko dalam pasaran, berbeza dengan matawang Yen sebagai safe-haven yang sebaliknya akan menguat.

Akhirnya AUD mendapat sokongan pada Rabu berbanding majoriti matawang utama yang lain. Kenaikan AUD begitu jelas apabila kebimbangan pasaran terhadap risiko politik Eropah semakin reda pada hari tersebut.

AUD kekal kukuh pada Khamis dengan sentimen pasaran kekal baik khususnya pada sesi London.

Momentum kenaikan AUD semakin berkurangan apabila sentimen berisiko sekali lagi tercetus pada sesi New York hari Khamis. Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat Wilbur Ross mengumumkan tariff keluli dan aluminium akan dikenakan terhadap Kanada, Mexico dan EU bermula pada 1 Jun sekaligus mencetuskan semula kebimbangan terhadap perang perdagangan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa