Ulasan Pergerakan Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (2-6 Julai)

0 324

Selepas dua minggu menjadi matawang yang paling banyak merekodkan kerugian, NZD berkemungkinan menjadi matawang terkuat sepanjang dagangan minggu ini.

Matawang NZD memulakan dagangan minggu ini dengan membuat kejatuhan pada hari Isnin. Matawang berkadar faedah tinggi Kiwi dan Aussie menjadi matawang paling lemah berikutan kedua-dua matawang itu tertekan disebabkan kejatuhan harga komoditi. Harga komoditi secara keseluruhan tertekan berikutan pengukuhan US dollar, kerana kebanyakan komoditi di dunia dinilai dalam US dollar.

Sentimen kekal buruk pada Selasa, tetapi NZD berjaya membuat kenaikan disebabkan kejatuhan US dollar ketika itu.

Walaupun indeks GDT yang merupakan data ekonomi penting bagi New Zealand merekodkan bacaan yang buruk, tetapi ia seakan tidak memberi kesan kepada kelemahan NZD.

Pada Rabu matawang NZD didagangkan mendatar sebelum meneruskan kenaikan pada hari Khamis. Walaubagaimanapun tiada pemangkin jelas yang menyebabkan kenaikan NZD walaupun pasaran dilihat begitu berisiko.

Matawang NZD meneruskan kenaikan pada Jumaat dengan indeks-indeks saham Asia membuat kenaikan walaupun dengan tindakan Amerika mengenakan tariff secara rasmi kepada China. Dengan kenaikan indeks saham global, ia tetap dilihat sebagai keadaan pasaran yang semakin baik setakat ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa