Ulasan Pergerakan Matawang NZD Sepanjang Minggu Ini (29 Mei-1 Jun)

0 401

Matawang NZD adalah antara matawang terkuat pada minggu ini dan dijangka akan mencatat kenaikan pertama selepas jatuh selama enam minggu berturut-turut sebelum ini.

Matawang NZD mulanya menguat pada Isnin di mana Presiden Mattrella dilaporkan menolak lantikan Paolo Savina sebagai menteri ekonomi kerana sifat beliau yang dikatakan anti-Euro. NZD kemudiannya melemah semula pada sesi London disebabkan kebimbangan pasaran terhadap pilihanraya semula di Itali.

Sentimen berisiko semakin tinggi pada Selasa apabila menyebabkan NZD terus tertekan pada hari tersebut di mana penganalisis menyatakan pilihanraya semula ibarat referendum keluarnya Itali daripada Kesatuan Eropah (EU).

NZD membuat kenaikan pada Rabu khususnya dalam sesi London dengan kebimbangan terhadap risiko politik Itali semakin berkurangan apabila usaha terus digerakkan melalui rundingan untuk membentuk kerajaan.

Sentimen positif berlanjutan sehingga Khamis dengan NZD terus kukuh pada hari tersebut. Walaupun Amerika Syarikat mengenakan tariff terhadap Kanada, Mexico dan EU, tetapi NZD tidak begitu tertekan seperti AUD pada penghujung sesi Khamis.

Matawang NZD terus melemah pada Jumaat dengan pasaran kekal bimbang terhadap risiko perang perdagangan yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa