Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Ekonomi dan Isu Semasa

Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (07 – 11 Ogos)

Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (07 – 11 Ogos)

US dolar masih gagal mengukuh berbanding enam matawang utama yang lain minggu ini walaupun pada mulanya mendapat momentum dari laporan data NFP minggu lalu dan data jumlah pembukaan peluang pekerjaan (JOLTS) pada Selasa.

Pada Isnin pasangan matawang US dolar masih bergerak sideway dengan pasaran masih menunggu data-data inflasi penting, sehinggalah US dolar dipacu oleh data JOLTS pada Selasa. Namun, pengukuhan ini tidak berterusan apabila ia diganggu oleh risiko geopolitik US-Korea Utara pada lewat sesi dagangan Selasa. Hal ini disebabkab oleh ancaman oleh Presiden Trump dan dibalas semula oleh pihak Korea Utara.

Kejatuhan US dolar berterusan sehingga Rabu, sekaligus menyokong instrumen-instrumen safe-haven seperti Yen, Swissy, emas, bon dan tidak lupa juga bitcoin.

Data-data penting US minggu ini menunjukkan tren yang semakin perlahan apabila data harga pengguna dan pengeluar di bawah jangkaan pasaran. Prestasi yang kurang memberangsangkan ini menjadikan perancangan pengetatan polisi khususnya kenaikan kadar faedah semakin kabur yang memaksa US dolar jatuh berbanding instrumen matawang yang lain.

Presiden Trump menyebabkan volatility (turun-naik) pasaran pada lewat dagangan Selasa apabila memberi amaran sebarang ancaman kepada US “akan berhadapan dengan api dan ketakutan”. Korea Utara walaubagaimanapun membalas dengan kenyataan “sedang meneliti perancangan untuk menyerang Guam”, di mana terletaknya pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Ia semakin tegang pada Jumaat apabila Trump menyatakan tentera Amerika sedang bersedia dengan sebarang kemungkinan, walaupun terdapat laporan yang menyatakan Rusia-China merancang untuk meredakan krisis geopolitik ini. Perancangan Rusia-China ini menyokong US dolar pada Jumaat selepas laporan data inflasi yang menyebabkan lonjakan greenback khususnya berbanding emas, matawang Yen dan Swissy.

Namun, banyak perkara yang tidak jelas di dalam pasaran setakat ini dengan krisis geopolitik US-Korea yang masih dalam ketidaktentuan. Ketidaktentuan geopolitik dan ketidaktentuan dari segi data US diterjemahkan ke dalam pergerakan yang tidak menentu dalam pasaran forex. Pasaran dijangka akan terus berhati-hati dalam dagangan minggu hadapan.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

31 Julai – 04 Ogos 07 – 11 Ogos
Eur/Usd- volatile 187 pip Eur/Usd- naik 157 pip
Usd/Jpy– volatile 120 pip Usd/Jpy– jatuh 219 pip
Gbp/Usd– jatuh 244 pip Gbp/Usd– sideway 120 pip
Usd/Chf- naik 133 pip Usd/Chf- jatuh 189 pip
Usd/Cad– naik 240 pip Usd/Cad– sideway 124 pip
Aud/Usd– jatuh 152 pip Aud/Usd– sideway 109 pip
Nzd/Usd– jatuh 134 pip Nzd/Usd– jatuh 165 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data JOLTS peluang pekerjaan US (Selasa)

Jumlah peluang pekerjaan di Amerika Syarikat pada Jun meningkat lebih banyak daripada jangkaan yang melonjakkan keyakinan terhadap  pasaran buruh di negara ini.

Peluang pekerjaan meningkat sebanyak 6.16 juta pada Jun berbanding jangkaan 5.77 juta dan data sebelum ini yang hanya merekod kenaikan 5.7 juta pada Mei.

  • Harga pengguna cpi, China (Rabu)

Inflasi harga pengguna merosot pada Julai di China, manakala harga pengeluar meningkat pada kadar stabil seperti yang dikeluarkan pada Rabu.

Harga pengguna (CPI) naik 1.4% dalam tempoh 12 bulan sehingga Julai 2017, kurang daripada jangkaan dan bacaan sebelum ini yang merekod 1.5%. Dari segi bacaan bulanan harga pengguna naik 0.1%. Bacaan utama inflasi China meleset tahun ini selepas mencapai paras melebihi 2% secara tahunan pada penghujung 2016.

  • Penetapan polisi monetari RBNZ (Khamis)

Dalam kenyataan RBNZ, “Indeks dolar New Zealand telah meningkat sejak mesyuarat Mei yang juga disebabkan oleh faktor kelemahan US dolar. Nilai NZD yang lebih rendah adalah perlu untuk meningkatkan kekompetitifan (competitiveness) seterusnya membantu pertumbuhan yang lebih stabil.”

“Polisi monetari akan kekal akomodatif (menyokong aktiviti ekonomi) di masa akan akan datang. Banyak ketidaktentuan ketika ini dan polisi mungkin akan diubah mengikut keadaan semasa.”

  • Data pengeluaran industri UK (Khamis)

Pengeluaran industri di UK meningkat 0.5% pada Jun selepas tidak mencatat perubahan pada Mei dan juga melebihi jangkaan pasaran kenaikan 0.1%. Bacaan dari tahun ke tahun pula meningkat kepada 0.3% dari kejatuhan 0.2% sebelum ini.

Pengeluaran dalam sektor pembuatan pula tidak berubah pada Jun yang mana sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan pula meningkat 0.6%.

  • Harga pengeluar ppi,US (Khamis)

Harga pengeluar (PPI, Producer Price Index) bagi harga barang akhir merosot 0.1% pada Julai yang meleset daripada jangkaan kenaikan 0.1% dan juga kenaikan 0.1% pada bulan sebelum. Manakala bacaan tahunan susut kepada 1.9% daripada 2.0% yang dicatat sebelum ini dan juga merupakan bacaan terendah sejak Januari.

  • Harga pengguna cpi, US (Jumaat)

Harga pengguna (CPI) US naik 0.1% pada Julai berbanding jangkaan kenaikan 0.2% pada tempoh sama, di mana bacaan tahunan merekod kenaikan 1.7% berbanding jangkaan pasaran 1.8% tetapi lebih tinggi daripada sebelum ini 1.6%.

Harga pengguna teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga naik 0.1% pada Julai di bawah jangkaan 0.2% tetapi sejajar dengan bacaan 0.1% sebelum ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!