Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Ekonomi dan Isu Semasa

Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (10-14 Julai)

Ulasan Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Sepanjang Minggu Ini (10-14 Julai)

Nampaknya trend penurunan US dolar berterusan lagi minggu ini dan apabila dilihat dalam indeks US dolar, matawang greenback hanya mengukuh sekali dalam lima minggu terakhirsetakat ini.

Secara keseluruhan US dolar banyak tertekan disebabkan oleh faktor-faktor politk dan polisi monetari. Persoalannya sekarang adakah ini faktor sementara atau kejatuhan US dolar akan berterusan? Ia sebenarnya sukar dijawab, tetapi kita akan cuba lihat mengikut data dan maklumat semasa pasaran US.

Secara keseluruhan kecenderungan US dolar masih lagi bergerak ke bawah dengan alasan bahawa komen dovish Janet Yellen pada Rabu yang kurang meyakinkan dan juga data inflasi yang lemah pada Jumaat.

Yellen mengatakan inflasi adalah ketidaktentuan utama dalam ekonomi ketika ini, dan bank pusat akan berusaha mencapai sasaran inflasi 2%. Oleh itu, dengan data inflasi terbaru yang lemah akan menyukarkan bank pusat meneruskan perancangan normalisasi polisi (menaikkan kadar) di masa hadapan. Walaupun perkembangan terbaru ini menyukarkan sedikit pengukuhan US dolar dengan jangkaan kenaikan kadar yang semakin kabur, tetapi kita menjangka kenaikan kadar faedah ketiga pada Disember kecuali data inflasi benar-benar lemah beberapa bulan akan datang.

Dalam perkembangan lain, kita melihat perkembangan positif dalam polisi monetari bank-bank pusat utama, khususnya Bank of Canada yang baru sahaja menaikkan kadar faedah. Kenaikan ini adalah yang pertama dalam tempoh 7 tahun dan telah menyokong Dolar Kanada. Tindakan terbaru ini menunjukkan Bank of Canada adalah yang pertama mengikuti jejak langkah Federal Reserve.

Pasaran akan memberi perhatian kepada penetapan kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BoJ) minggu depan yang juga akan dijangka akan menjadi penggerak pasaran utama. Kenyataan terbaru ECB akan diteliti dengan komen-komen positif oleh bank pusat sebelum ini telah menyokong euro di mana terdapat ura-ura untuk mengurangkan rangsangan monetari.

Sebelum kita meneruskan kepada ulasan kalendar ekonomi sepanjang minggu ini kita lihat dahulu julat pergerakan pasangan matawang utama dunia pada minggu ini dan minggu lepas untuk melihat perbezaan antara kedua-dua tempoh ini.

03 – 07 Julai10 – 14 Julai
Eur/Usd- 127 pip volatileEur/Usd- naik 119 pip
Usd/Jpy– naik 208 pipUsd/Jpy– jatuh 224 pip
Gbp/Usd– jatuh 156 pipGbp/Usd– naik 303 pip
Usd/Chf- naik 112 pipUsd/Chf- 98 pip volatile
Usd/Cad– jatuh 155 pipUsd/Cad– jatuh 299 pip
Aud/Usd– jatuh 124 pipAud/Usd– naik 247 pip
Nzd/Usd– jatuh 101 pipNzd/Usd– naik 167 pip

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi utama sepanjang minggu ini.

  • Data inflasi China (Isnin)

Inflasi China tidak berubah bulan lalu dengan harga pengguna (CPI) dan harga pengeluar (PPI) berkembang pada kadar lebih perlahan tetapi stabil. Harga pengguna (CPI) meningkat 1.5% tidak berubah daripada Mei. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 1.6%.

  • Indeks keadaan pasaran buruh US (Isnin)

Indeks keadaan pasaran buruh US (US Labor Market Condition Index, LMCI) meningkat 1.5 pada Jun selepas bacaan sebelum ini dikaji semula kepada 3.3 dari 2.3. Selepas kajian semula kepada data, indeks ini telah merekodkan kenaikan 13 bulan berturut-turut walaupun kenaikan pada Jun adalah yang terendah dalam masa empat bulan.

  • Data pekerjaan UK (Rabu)

Kadar pengangguran di UK semakin baik dengan data berkurangan dari 4.6% kepada 4.5% pada Mei berbanding pasaran yang menjangka kadar tersebut tidak berubah dari 4.6%. Bacaan terbaru ini merupakan yang terendah sejak tahun 1975.

Pekerjaan meningkat kepada 175,000 dalam jangka masa tiga bulan sehingga Mei dan 324,000 sepanjang tahun ini. Claimant count iaitu tuntutan faedah pengangguran hanya meningkat 6,000 pada Mei berbanding sebelum ini 7,500 dan jangkaan pasaran sebanyak 10,000.

Fokus utama bagi data pekerjaan UK ini ialah data purata pendapatan yang merekod kenaikan 1.8% sejajar dengan jangkaan.

  • Penetapan polisi monetari Kanada (Rabu)

Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedahnya pada Rabu buat kali pertama dalam tempoh hampir tujuh tahun yang menjadikan ia bank pusat pertama mengikuti jejak Federal Reserve dalam kitaran pengetatan polisi monetari.

Jangkaan kepada kenaikan kadar faedah semakin tinggi sejak sebulan yang lalu selepas timbalan gabenor Wilkins mengatakan “bank pusat akan membincangkan sama ada polisi semasa masih diperlukan”.

Apabila ditanya tentang inflasi, Poloz menyatakan data-data dan keadaan ekonomi semasa akan menentukan tindakan atau keputusan polisi monetari yang akan dibuat. Elemen utama kata bank pusat adalah kenaikan kadar gaji yang juga telah menunjukkan isyarat kenaikan.

  • Testimoni Janet Yellen (Rabu)

Tindak balas inflasi terhadap ekonomi dilihat sebagai risiko utama kepada ekonomi. Yellen juga mengatakan, The Fed akan meneliti pergerakan inflasi walaupun kelemahan data baru-baru ini adalah disebabkan kejatuhan harga bagi item-item tertentu.

Komen tentang kadar faedah tidak akan dinaikkan lebih banyak bagi mencapai Neutral Ratememburukkan jangkaan kepada pengetatan polisi yang lebih banyak menekan US dolar, dengan tiada pengesahan data-data lemah sebelum ini adalah sementara.

  • Data perdagangan China (Khamis)

Imbangan perdagangan China baru sahaja dikeluarkan pagi tadi yang menunjukkan lebihan dagangan (trade surplus) melebihi jangkaan pasaran pada Jun berikutan peningkatan eksport.

Eksport China meningkat 11.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017, manakala import  naik 17.2% dari tahun ke tahun (dalam tempoh 12 bulan) di mana kedua-dua bacaan lebih tinggi daripada ramalan.

  • Harga pengguna CPI US (Jumaat)

Harga pengguna (CPI) US tidak berubah pada Jun tetapi meleset daripada jangkaan pasaran 0.1% di mana dari segi tahun ke tahun susut kepada 1.6% daripada 1.9% dan jangkaan 1.7%.

Manakala Core-CPI atau inflasi teras pada Jun pula meningkat 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.2% di mana dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun tidak berubah daripada 1.7% yang sejajar dengan jangkaan.

Data terbaru inflasi US ini sudah tentu akan mengurangkan jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed tahun ini, walaupun hanya satu lagi kenaikan mengikut perancangan bank pusat.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!