Ulasan Semua News Besar yang Menggerakkan Pair JPY

0 650

Yen juga didagangkan bercampur-campur pada minggu ini disebabkan faktor perubahan sentimen pasaran. Dengan sentimen pasaran yang bermula dengan risk-on pada Isnin, Yen melemah berbanding matawang utama yang lain secara keseluruhan.

Pasaran cuba mengambil risiko pada Isnin dengan sentimen secara keseluruhan dilihat semakin baik berikutan data memberangsangkan NFP Amerika Syarikat dan juga risiko politik Itali yang semakin reda. Dengan faktor positif ini, Yen melemah, sebaliknya matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD pula mendapat permintaan tinggi.

Selepas kejatuhan berterusan pada Isnin, pasaran dikatakan mengambil untung pada Selasa sekaligus menyebabkan Yen naik pada hari tersebut.

Yen meneruskan kejatuhannya pada Rabu dengan sentimen pasaran dilihat semakin pulih apabila terdapat ura-ura kemungkinan Presiden Trump mengecualikan tariff terhadap Kanada. Perkara ini dilihat sebagai satu bentuk pendirian yang lebih lembut oleh Amerika Syarikat terhadap isu perdagangan global.

Sentimen terjejas pada Khamis dan Jumaat disebabkan retorik terkini Kanada dan Mexico. Tredeau perdana menteri Kanada berkata pada Khamis bahawa perjumpaan dengan Trump pada hujung minggu ini adalah sesuatu yang sukar.

Seperti biasa, Yen sebagai safe-haven menguat pada Khamis dan berterusan sehingga Jumaat.

Pasaran ketika ini dilihat berhati-hati menjelang mesyuarat negara G-7 pada hujung minggu ini. Disebabkan hal ini, safe-haven mendapat permintaan tinggi yang dapat dilihat dengan peningkatan Yen dan CHF.

Berdasarkan retorik terbaru Presiden Trump, pasaran tidak melihat beliau akan cuba berlembut dengan negara-negara G7 dalam mesyuarat hujung minggu ini. Beliau dijangka akan terus teguh dengan pendirian isu perdagangan dan dasar melindungi ekonomi Amerika Syarikat.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa