Ulasan Sidang Media Presiden Draghi : Ini Sebab Kejatuhan Matawang EURO

0 826

Matawang Euro bergerak volatile (turun-naik) sekitar pukul 8.30 malam sehingga setakat pada masa artikel ini ditulis. Secara keseluruhan matawang Euro tertekan disebabkan komen dovish Draghi terhadap potensi kenaikan kadar faedah tahun hadapan.

Presiden European Central Bank (ECB), Mario Draghi pada Khamis menegaskan kadar faedah sifar bank pusat itu akan kekal sehingga akhir musim panas tahun depan. Melalui komen ini, maka jelas lah ia sebagai satu komen yang dovish jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran yang menjangka kenaikan kadar faedah pada bulan September 2019.

Tidak banyak kesan kepada matawang Euro selepas kenyataan polisi dikeluarkan pada pukul 7.45 malam tadi, dengan pasaran memberi tumpuan kepada sidang media Presiden Draghi pada pukul 8.30 malam. Matawang Euro bergerak lebih banyak semasa sidang media beliau berjalan.

Sebelum ini terdapat perdebatan tentang masa terbaik untuk menaikkan kadar faedah apabila merujuk kepada rangka masa ‘musim panas’ 2019. Ada di antara ahli ECB yang menjangka kenaikan pada bulan Jun 2019. Tidak kurang juga yang mengatakan bulan Ogos dan September.

Draghi dalam sidang media menyatakan Eropah masih memerlukan “rangsangan dasar monetari yang signifikan” walaupun telah mengumumkan perancangan untuk menamatkan program pembelian bon pada penghujung tahun ini.

Apabila menjawab tentang persoalan pertemuan antara Trump dan Juncker, Draghi berkata masih terlalu awal untuk menilai impak perjanjian antara AS-EU. Namun, beliau menyatakan pertemuan kedua-dua pemimpin itu adalah satu isyarat yang positif.

“Ia adalah isyarat yang baik, kerana menyatakan kesudian untuk membincangkan isu perdagangan dalam rangka kerja multilateral,” demikian kata beliau.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa