banner-mutm-728x90

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Asia / USD/JPY

Update Bagi Matawang Utama Dalam Sesi Asia Ini Pasti Buat Anda Tidak Berkelip!

Update Bagi Matawang Utama Dalam Sesi Asia Ini Pasti Buat Anda Tidak Berkelip!

Yen melemah pada hari Rabu setelah mesyuarat BoJ mencadangkan penilaian terhadap kesan interest rate negatif.

USD/JPY didagang rendah pada 101.12.

USD/JPY, 15 minit

USD/JPY, 15 minit

Terdahulu di New Zealand, Indeks kos buruh meningkat pada suku ke-2 seperti yang diharapkan.

NZD/USD dinilai pada 0.7208, menurun 0.48%

NZD/USD, 15 minit

NZD/USD, 15 minit

Selain itu, Indeks Perkhidmatan AIG di Australia juga mencatatkan lonjakan. Ketua Eksekutif AI Group, Innes Willox berkata, keputusan Bank Reserve untuk mengurangkan kadar tunai perlu merangsang perniagaan dan permintaan pengguna dalam sektor yang jauh ketinggalan.

AUD/USD juga mencatat penurunan sebanyak 0.14%

AUD/USD, 15 minit

AUD/USD, 15 minit

Sementara itu, US Dollar Index dinilai pada 95.02

Semalaman, USD/JPY menggelongsor ke paras terendah apabila Abe meluluskan pakej rangsangan besar-besaran pada hari Selasa. Langkah itu diambil sebagai usaha terakhir untuk mengekalkan inflasi pada tahap rendah.

$274 billion itu merupakan salah satu jumlah terbesar yang pernah dilancarkan kerajaan Jepun sejak menghadapi krisis kewangan.

Menurut Reuters, antara kandungan rancangan itu termasuklah :

  1. Memberikan subsidi tunai kepada 22 juta penduduk yang berpendapatan rendah
  2. Memberi sokongan kepada masyarakat yang dilanda gempa bumi ketika musim bunga
  3. Menyediakan 7.5 trillion yen untuk perbelanjaan langsung kerajaan Jepun

Dalam masa yang sama, US Dollar jatuh lebih 3% berbanding yen sejak Jumaat lepas apabila BoJ hanya meluluskan pembelian ETF terhad.

Di tempat lain, Biro Analisis Ekonomi Amerika Syarikat (BEA) melaporkan Perbelanjaan Peribadi (PCE) meningkat pada bulan Jun yang lalu. Hal ini kerana wujud kenaikan terhadap perbelanjaan bagi perkhidmatan gas, elektrik, dan penjagaan kesihatan.

Indeks Core PCE juga mengatakan harga makanan dan tenaga melonjak pada bulan Jun. Dalam mesyuarat Julai FOMC, jawatankuasa itu berkata, inflasi pasaran masih kekal ditahap yang rendah. Hal ini berikutan Indeks Core PCE masih berlegar di bawah paras 2%

Ketika menyampaikan ucapan dasar kewangan di Beijing, Presiden Fed Dallas, Rob Kaplan menggesa Bank Pusat Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur. Beliau berkata demikian kerana cabaran berterusan yang dihadapi oleh ekonomi Amerika Syarikat.

Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart berkata dalam satu temubual eksklusif bersama CNBC, dia tidak menolak kemungkinan untuk kenaikan kadar dari FOMC pada bulan September. FOMC juga tidak teragak-agak untuk menjual bon daripada portfolio sedia ada akibat tekanan terhadap kadar faedah.

Minggu lalu, FOMC meninggalkan Kadar Dana Persekutuan tidak berubah pada paras 0.25 dan 0.50 dalam mesyuarat kelima berturut-turut.

 

Belum pernah lihat bilik kebal yang mengandungi banyak emas? Rugi! Jom klik link ini. Semoga hari ini kita semua lebih bermotivasi!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register