US Dolar Kekal Lemah Dengan Harga Minyak Mentah Jatuh Dari Paras Tertinggi

0 638

US dolar kekal bergerak di sekitar paras terendah empat bulan lalu berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat walaupun dengang pengumuman data inflasi dan jualan runcit yang memberangsangkan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback setakat ini masih susut 0.61% pada masa artikel ini ditulis.

Bacaan harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat mencatat kenaikan 0.1% pada Disember kurang daripada jangkaan 0.2%. Bacaan teras yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga naik 0.3% melebihi jangkaan 0.2%.

Dalam data berasingan, jualan runcit meningkat 0.4% pada Disember sejajar sedikit di bawah jangkaan 0.5%.

Pasangan matawang EUR/USD masih lagi didagangkan di paras terendah selepas menyambung kenaikannya petang tadi disebabkan berita positif politik Jerman.

GBP/USD turut membuat kenaikan sejak daripada Khamis yang disokong oleh sentimen positif terhadap polisi monetari ECB dan juga perkembangan politik di Eropah. United Kingdom banyak bergantung kepada ekonomi pasaran tunggal dan sebarang berita positif dari segi ekonomi akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Britan.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah pada Jumaat jatuh dari paras tertinggi tiga tahun lalu iaitu melebihi harga $70 setong pada Khamis. Harga minyak Brent setakat ini didagangkan di sekitar $69.23 setong.

Harga minyak WTI pula susut 0.28% kepada $63.62 setong setakat pukul 10.52 malam.

“Ia begitu meyakinkan dengan majoriti penganalisis percaya bahawa harga telah meningkat terlalu jauh,” kaya Hans van Cleef ketua penganalisis ekonomi di ABN Amro.

Penganalisi dan pedagang telah memberi amaran tentang risiko pembetulan harga (correction) sejak awal 2018. Namun, keadaan pasaran ketika ini kekal kukuh dengan pemotong bekalan minyak mentah yang terus berjalan oleh OPEC dan Rusia.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa