US Dolar Kekal Lemah Setakat Malam Ini, Euro Meneruskan Pengukuhan

0 714

Matawang US dolar masih lagi didagangkan rendah pada awal sesi New York walaupun kini pasaran saham sedikit pulih daripada kejatuhan. US dolar mendapat tekanan daripada pengumuman Presiden Trump tentang inisiatif infrastruktur.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.44% setakat pada pukul 10.45 malam.

Pasaran saham Amerika Syarikat mendapat pemangkin baru iaitu pengumuman perancangan infrastruktur Trump yang berjumlah $1.5 trillion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Tetapi apa yang berlaku kepada US dolar adalah sebaliknya berikutan sesetengah pemain pasaran meragui inisiatif ini.

Matawang GBP melonjak pukul 5.30 petang tadi berikutan data inflasi (CPI) yang positif. Bacaan merekodkan kenaikan inflasi 3% berbanding jangkaan 2.9%. Ini sedikit memberik tekanan kepada Bank of England untuk menaikkan kadar faedah walaupun bank pusat sendiri menjangka mereka akan mengetatkan polisi lebih awal daripada jangkaan seperti yang diperkatakan dalam penetapan polisi monetari minggu lalu.

Matawang Yen pada hari ini mendapat sokongan yang kukuh, dengan membuat pengukuhan berbanding majoriti matawang utama dunia. Kita dapat lihat terdapat peralihan kepada matawang safe-haven hari ini dengan Swissy juga turut sama membuat pengukuhan walaupun pasaran saham global telah pulih sedikit.

Pasaran komoditi

Harga minyak mentah dunia khususnya WTI (West Texas Intermediate) melemah hari ini sekaligus menyebabkan pengukuhan pasangan matawang USD/CAD. Dengan kelemahan harga komoditi hitam, dolar Kanada juga terkena tempias secara langsung kerana Kanada adalah pengeksport minyak mentah terbesar ke Amerika Syarikat.

Emas seperti biasa mendapat sokongan apabila US dolar melemah. Emas sejak daripada Isnin membuat kenaikan bersama-sama dengan aset safe-haven yang lain seperti Yen dan Swissy.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa