US Dolar Menjunam Sekali Lagi Pada Khamis, Ketegangan Semakin Memuncak

0 4

US dolar tidak banyak berubah berbanding matawang-matawang utama dunia pada Jumaat walaupun krisis geopolitik terus memuncak antara US-Korea Utara. Pasaran pada hari ini juga akan memberi perhatian kepada data berisiko iaitu inflasi US yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam.

USDJPY pada Khamis meneruskan kejatuhan sehingga 130 pip dari paras tertinggi Khamis sehingga paras terendah Jumaat setakat pukul 2.30 petang.

USDCHF turut meneruskan kejatuhan di mana permintaan Yen dan CHF meningkat berikutan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua negara.

Korea Utara dalam responnya semalam mengatakan Amerika Syarikat akan berhadapan dengan kekalahan yang memalukan. Dalam perkembangan berlainan, laporan oleh penyiasat CIA menunjukkan Korea Utara mampu memasukkan nuklear dalam peluru berpandu mereka.

Korea Utara juga menyatakan pada Khamis bahawa mereka merancang untuk melancarkan peluru berpandu ke wilayah Amerika Syarikat di Guam.

US dolar juga melemah berbanding Euro apabila EURUSD naik 80 pip dari paras terendah Khamis dan kini tidak banyak berubah dari paras penutup sesi sebelum ini.

Dolar New Zealand setakat ini bergerak sideway berbanding US dolar selepas jatuh mendadak semalam dalam pengumuman kadar faedah dan kenyataan oleh Gabenor Wheeler.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain berada di sekitar 93.38, tidak banyak berubah sejak lima hari lepas.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa