Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

US Dolar Mula Menyusut Selepas Tren Kenaikan Hampir Sebulan? Ini Sebabnya.

US Dolar Mula Menyusut Selepas Tren Kenaikan Hampir Sebulan? Ini Sebabnya.

US dolar pagi tadi melemah dan terus jatuh dari puncak tertinggi 14 tahun lepas. Hasil Bon kerajaan US (US treasury yields) juga berkurangan dari paras tertinggi baru-baru ini.

Kita telah melihat US dolar terus menguat tanpa henti selama hampir sebulan, dimana Indeks US dolar meningkat ke paras tertinggi 102.00 pada Khamis lepas, sebelum mula menyusut pada Jumaat. Pada hari ini indeks yang mengira kekuatan US dolar berbanding matawang-matawang utama dunia yang lain ini, berada di paras 100.66 pagi tadi dan semasa artikel ini ditulis berada di 100.96.

Ada yang mengatakan kejatuhan US dolar disebabkan para pelabur mengambil peluang dalam kejatuhan hasil US-bon dan juga aktiviti pengambilan untung berikutan cuti umum thanksgiving dan blackfriday.

The 10-year Treasury note yield (US10YT=RR) ataupun bon-10 tahun US terus jatuh pada Isnin ke paras 2.326 peratus selepas meningkat ke paras 2.417 peratus yang tertinggi sejak 16 bulan lepas pada Khamis.

Manakala US dolar melemah berbanding matawang utama yang lain seperti Yen, Euro, Aussie, Kiwi, Loonie dan Swiss Franc.

Koji Fukaya Presiden di FPG Securities di Tokyo berkata, “US dolar kehilangan momentum berikutan Treasuries membuat pembayaran selepas hari Thanksgiving dan sebelum kebanyakan ‘Hedge Funds’ membuat laporan pendapatan sepanjang minggu ini”.

Selain daripada yang dikatakan Koji itu, US dolar juga berpotensi menghadapi halangan seperti mesyuarat OPEC pada 30 November ini. Harga minyak mentah telah jatuh berikutan ketidaktentuan tentang persetujuan pembekuan keluaran. Manakala referendum Itali juga akan menambahkan lagi ketaktentuan dalam ekonomi Eropah dan dunia umumnya.

Masafumi Yamamoto, Ketua Strategi Forex di Mizuho Securities, mengatakan “Sesiapa yang telah mengikuti kenaikan US dolar pasti berada dalam profit besar ketika ini dan tidak mustahil mereka telah mengambil untung mereka”.

Pun begitu, walaupun US dolar naik dengan tren yang begitu kuat, masih ada yang berpendapat tren ini akan berakhir.

Tambah Yamamoto lagi, “US dolar dan Treasury yield naik begitu pantas dalam jangka masa singkat”. Walaubagaimanapun, beliau menegaskan ini hanyalah kenaikan awal US dolar dan menyangkal sebahagian besar pelabur yang berpendapat kenaikan pasaran bon akan berakhir.

 

Naib Gabenor Ini Menafikan Kelemahan Yuan Akan Berterusan

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!