Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

US Dolar Naik, Brent-Oil Naik dan Emas Susut Setakat Malam Ini

US Dolar Naik, Brent-Oil Naik dan Emas Susut Setakat Malam Ini

US dolar mendapat sedikit kenaikan berbanding enam matawang utama yang lain pada Selasa yang disokong oleh pemotongan cukai terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, manakala matawang Sterling pula tertekan disebabkan rundingan yang gagal membawa kata sepakat antara dua pihak EU-UK.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang grenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.34% kepada 93.36 setakat pukul 10.18 malam pada Selasa.

US dolar membuat kenaikan pada Isnin selepas Senat U.S. meluluskan rang undang-undang percukaian pada Sabtu.

Permintaan terhadap US dolar terus disokong oleh jangkaan terhadap pemotongan cukai korporat yang akan melonjakkan lagi ekonomi. Ia juga disokong oleh kenaikan hasil-bon kerajaan U.S. dengan kerajaan dijangka memerlukan lebih banyak pinjaman disebabkan pengurangan terhadap hasil kerajaan daripada cukai pendapatan.

Sesetengah pelabur juga percaya lonjakan kepada ekonomi akan mempengaruhi The Fed untuk menaikkan kadar faedah lebih pantas. Jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah cenderung menaikkan nilai US dolar kerana matawang greenback dilihat lebih menarik di mata pelabur.

Setakat pukul 10.23 malam pada Selasa, matawang paling kuat adalah NZD dan AUD dan paling lemah adalah Euro dan GBP.

Pasaran Minyak Mentah

Harga minyak mentah Brent kekal bergerak di sekitar $62 setong pada Selasa dengan jangkaan terhadap kejatuhan inventori minyak di US.

Kumpulan pengeluar minyak mentah yang diketuai oleh OPEC telah melanjutkan pemotongan pengeluaran sepanjang 2018, tetapi masih gagal menyokong harga komoditi hitam. Hal ini kerana pasaran telah menjangka keputusan yang dibuat oleh OPEC dan pasaran telah menyerap harga (priced-in) sejak sebelum mesyuarat minggu lalu.

“Pengeluaran oleh Amerika Syarikat akan memainkan peranan penting dari segi bekalan pada tahun 2018,” kata Tamas Varga broker minyak di PVM.

“Kenaikan harga WTI di atas $60 setong kan mendorong pengeluaran US yang lebih besar, ini akan menyukarkan harga meneruskan kenaikan walaupun OPEC melanjutkan pemotongan sehingga hujung 2018.”

Pasaran Komoditi Berharga

Harga emas pula kekal rendah pada Selasa, dengan sentimen positif terhadap cukai U.S. kekal menyokong kenaikan US dolar.

Harga emas niaga-hadapan (futures) di Comex susut 0.49% kepada $1271.30 setakat pukul 10.38 malam.

Greenback mengukuh selepas Senat U.S. meluluskan pakej cukai Sabtu lalu dengan jangkaan pasaran ketika ini ia akan melonjakkan ekonomi Amerika Syarikat.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!