US Dolar Susut Pada Isnin Melemah Berbanding Euro, Gbp & Matawang Utama Yang Lain

0 661

US dolar membuat penurunan sedikit pada Isnin dengan tidak banyak event (peristiwa) dan berita yang menggerakkan pasaran hari ini. Dengan tiada arah tujuan yang jelas, biasanya pergerakan pasangan matawang US dolar akan sedikit membuat correction (pembetulan harga).

Minggu ini juga dijangka volume dagangan akan semakin berkurangan dengan cuti umum tahun baru cina yang panjang di China bermula pada Jumaat.

US dolar pada awal sesi Asia bermula positif berbanding matawang-matawang Asia. Namun, menjelang pembukaan pasaran Eropah, USD/JPY setakat pukul 2.35 petang susut 0.09%. Matawang US dolar juga melemah berbanding Aussie dolar, iaitu susut 0.19%.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh 0.19% pada masa yang sama.

Minggu lalu US dolar merekodkan kenaikan yang jelas dilihat dalam indeks US dolar. Jika dilihat dalam weekly chart, jelas terbentuk ‘reversal pattern’ yang menunjukkan potensi pemulihan US dolar beberapa minggu akan datang. Apa yang menyebabkan kenaikan US dolar walaupun dengan risiko pasaran saham dan politik adalah kejatuhan matawang Euro dan Gbp sepanjang minggu lalu.

Pasaran komoditi

Harga minyak mentah naik 1.0% pada Isnin membuat pemulihan selepas mengalami kerugian minggu lalu. Pasaran saham Asia pada Isnin juga merekodkan sedikit kenaikan selepas dagangan yang volatile pada minggu lalu.

Apa yang menyebabkan kebimbangan kepada pasaran ini adalah peningkatan pengeluaran minyak mentah di Amerika Syarikat. Harga minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 1.17% setakat pukul 2.47 petang.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa