banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

US Dollar kekalkan momentum menaik

Dollar AS terus mengukuh hingga melepasi paras $84.50 pada Khamis. Walaupun bilangan rakyat Amerika memfailkan tuntutan baru untuk faedah pengangguran tidak disangka-sangka naik minggu lalu, namun itu mungkin tidak memberi isyarat perubahan yang ketara dalam keadaan pasaran buruh.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negara meningkat 11,000 kepada 315,000 untuk minggu berakhir 6 September, paras tertinggi sejak akhir bulan Jun, menurut Jabatan Tenaga Kerja, semalam. Ahli ekonomi yang ditemuramah oleh Reuters telah mengunjurkan tuntutan tergelincir kepada 300,000 minggu lepas. Tempoh itu termasuk cuti Hari Pekerja dan tuntutan cenderung menjadi tidak menentu sekitar hari cuti. Seorang penganalisis Jabatan Buruh berkata tidak ada faktor-faktor khas yang mempengaruhi data peringkat negeri.

Saham Eropah pula ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan mengenai tindakan ketenteraan AS dan isu kemerdekaan di Scotland. Bursa Wall Street dan pasaran ekuiti Asia didagangkan bercampur-campur pada hari dagangan terakhir minggu ini apabila pelabur mungkin untuk mengelakkan membuat pembelian agresif sebelum satu set data utama China pada hujung minggu ini dikeluarkan. EURUSD didagangkan rendah pada harga $1,2918 ketika Presiden ECB Mario Draghi berucap pada awal pagi sebelum meningkat kepada harga $1,2940 pada hari Khamis.

telegram-moshed

Pound Sterling pula menunjukkan sedikit peningkatan seiring dengan tinjauan terkini yang dibuat menunjukkan isu calon anti kemerdekaan Scotland mula memberi tentangan sengit ketika referendum yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 September. Sterling naik 0.2% pada harga $ 1,6227 ketika pasaran Eropah dibuka.

Sekilas imbasan untuk matawang Asia pula memperlihatkan Yen terus ditekan ke paras terendah sejak setahun yang lalu apabila didagangkan pada harga $107,34. Ini dilihat sebagai tindak balas pelabur terhadap dasar monitari Bank Negara Jepun. Aussie dan New Zealand Dollar juga terus menjunam  kepada harga $ 0,9071 dan $0,8164 berikutan data-data suram yang dikeluarkan serta komen dari Mr. Wheeler semalam yang mengekalkan kadar dan dasar negara Kiwi tersebut.

capture-20140912-143543

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register