Quotes by TradingView

Share This Post

AUD/USD / EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Asia

US Dollar Masih Meneruskan Pengukuhan Dalam Sesi Asia!

US Dollar Masih Meneruskan Pengukuhan Dalam Sesi Asia!

US Dollar meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 8 bulan berbanding Yen pada Jumaat. Kadar hasil bon AS juga meneruskan kebangkitan dalam sesi Asia selepas pasaran ditutup sempena cuti umum yang lalu.

US Dollar meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 113.730. Dalam minggu ini sahaja, matawang Greenback telah meningkat sebanyak 2.6 peratus.

Sementara itu, Euro menjunam 0.1 peratus selepas jatuh ke paras terendah sejak Mac lalu. Matawang yang sama juga telah kehilangan 0.3 peratus dalam minggu ini.

EUR/USD, 30 minit

EUR/USD, 30 minit

Menurut Shin Kadota, Ketua ahli strategi Jepun FX di Barclays, Tokyo beliau menjangkakan US Dollar akan merosot setelah berada beberapa hari dalam bull market. Namun matawang itu dilihat semakin mengukuh.

Kadota juga berkata, selagi US Dollar meningkat, selagi itulah hasil bon AS akan meningkat. Beliau turut menyifatkan bahawa tidak ada faktor yang boleh menggugat momentum US Dollar buat masa ini walaupun pertumbuhan global dinilai pada kadar yang perlahan.

Hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat kira-kira 3 mata asas kepada 2.382 peratus.

Pasaran terus menguat disebabkan pentadbiran Trump dijangka akan meningkatkan perbelanjaan hutang dan merangsang pertumbuhan yang lebih tinggi.

Berbanding US Dollar, Dollar Australia menyusut 0.1 peratus kepada $0.7408. Manakala sterling menyusut 0.1 peratus kepada $1.2433.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Teori Harga Minyak Global Oleh Penganalisis di Goldman Sachs

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal