US Dollar Melonjak, Yen Menjunam – AS & China Perbaharui Rundingan

0 895

Matawang US dollar membuat kenaikan secara keseluruhan sejak pukul 9 malam tadi apabila beberapa berita yang signifikan kepada Amerika Syarikat dikeluarkan.

Pasangan matawang USD/JPY naik sehingga 40 pip dengan USD/CAD naik sebanyak 60 pip dari paras terendah hari ini. US dollar juga menguat berbanding matawang Euro dan GBP yang mana kedua-dua pasangan EUR/USD dan GBP/USD turut membuat penurunan.

Pada mulanya, matawang US dollar membuat kenaikan selepas data inflasi tumpuan utama The Fed dikeluarkan sekitar pukul 8.30 malam tadi. Perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat meningkat dengan kukuh pada bulan Jun di mana isirumah direkodkan berbelanja lebih banyak di restoran dan kemudahan kediaman. Ini menunjukkan satu asas yang kukuh dalam ekonomi menjelang suku ketiga tahun 2018.

Namun, ada berita yang lebih penting yang menyebabkan kenaikan US dollar. Ia berkaitan dengan isu perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

China dan Amerika Syarikat Cuba Untuk Berunding Semula

Bloomberg mengeluarkan laporan ini sekitar pada pukul 9.30 malam yang menyatakan cubaan kedua-dua negara merundingkan semula isu tariff. Bloomberg melaporkan dua individu telah menyatakan perkara ini.

Wakil Amerika Syarikat, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Naib Perdana Menteri China Liu He dilaporkan mengadakan pertemuan tertutup dalam usaha menghidupkan semula rundingan. Laporan menyatakan lebih banyak rundingan akan dibuat di masa akan datang tetapi tidak menyatakan rangka masa yang khusus kepada perkara itu.

Rundingan telah terhenti sejak beberapa minggu yang lalu, dengan kedua-dua pihak tidak mahu mengalah. Dikatakan rundingan peringkat tertinggi dengan China akan dibuat pada minggu ini, menurut sumber.

Matawang Yen sebagai safe-haven paling banyak terkesan daripada berita ini berikutan sentimen beralih kepada Risk-On dengan berita terbaru ini. Yen melemah berbanding matawang utama yang lain setakat pada pukul 10.55 malam.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa