728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Eropah / USD/JPY

US Dollar Membenam Matawang Utama Lain Dalam Sesi Dagangan Eropah

US Dollar Membenam Matawang Utama Lain Dalam Sesi Dagangan Eropah

US Dollar dicatat lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain selepas beberapa data yang dikeluarkan oleh AS terus menambah kenaikan pasaran terhadap prospek kenaikan kadar oleh Fed.

EUR/USD jatuh 0.21%, yang paling rendah sejak 30 September.

EUR/USD, 30 minit

EUR/USD, 30 minit

US Dollar mengukuh selepas Institut Pengurusan Bekalan melaporkan bahawa data aktiviti pembuatan meningkat 51.5 daripada 49.4 bulan Ogos. Penganalisis sebelum ini meramalkan peningkatan yang lebih kecil iaitu sebanyak 50.3.

Laporan tersebut sekali gus menambah keyakinan terhadap kekuatan ekonomi AS selepas data sentimen pengguna turut dicatat positif pada Jumaat lalu.

USD/JPY meningkat 0.60%, manakala GBP/USD kekal didagang stabil pada 1.2837.

USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Sterling kekal berada di bawah tekanan berikutan kebimbangan pelabur selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May menetapkan penghujung Mac sebagai tarikh untuk UK meninggalkan Kesatuan Eropah secara formal.

Sementara itu, AUD/USD susut 0.14% selepas RBA mengekalkan kadar tidak berubah pada 1.50%.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

Terdahulu pada hari ini, Biro Perangkaan Australia berkata bahawa angka kelulusan bangunan menurun sebanyak 1.8% pada bulan Ogos.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar meningkat 0.27%.

 

3 Mindset Yang Tidak Harus Anda Ketepikan Jika Ingin Jadi Manusia Berjaya

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register