US Dollar Meneruskan Junaman Hari Ini

0 3

Matawang Yen didagangkan tinggi hari ini menantikan mesyuarat 2 terpenting di Amerika Syarikat dan Jepun pada minggu hadapan

USD/JPY ke paras 102.00 turun 0.08% manakala AUD/USD didagangkan pada paras 0.7512, turun 0.09%.

Indeks US Dollar yang mengukur kekuatan matawang Greenback melawan 6 matawang utama berada di paras 95.28.

Semalam melihatkan US Dollar berubah melawan matawang utama lain setelah data jualan runcit yang kurang memberangsangkan untuk meyokong kenaikan interest rate.

Jabatan Perdagangan melaporkan jualan runcit Amerika Syarikat turun sebanyak 0.3% pada Ogos lebih teruk berbanding jangkaan iaitu sebanyak 0.1%.

Dalam laporan lain, Jabatan Buruh memberitahu manfaat pengganguran meningkat dan memberi kesan positif ke atas pasaran buruh.

Pun begitu, Jabatan Buruh juga melaporkan harga pengeluar mendatar pada bulan Ogos.

Data ini melihatkan berkemungkinan tiada perubahan pada interest rate pada mesyuarat Fed terdekat iaitu pada 20-21 September.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa