728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

US Dollar Mengukuh Berbanding Yen dan Euro Pada Sesi Eropah

US Dollar Mengukuh Berbanding Yen dan Euro Pada Sesi Eropah

US Dollar mencatatkan prestasi memberansangkan berbanding Yen dan Euro pada hari Isnin, sebagai berisiko lanjutan data ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh. Brexit yang masih meninggalkan kesan juga terus mengangkat mata wang dan aset Amerika Syarikat itu.

Data aktiviti perniagaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada hari Jumaat juga menambah kepada prospek kenaikan interest rate oleh Fed yang disokong oleh Greenback.

Peningkatan sentimen risiko global- Saham Wall Street telah mencecah rekod tertinggi bulan ini. Hal ini juga memberi kesan kepada mata wang Jepun yang telah jatuh kira-kira 7% berbanding dolar selepas referendum.

telegram-moshed

“Terima kasih kepada petunjuk yang kuat, yang meletakkan kebimbangan terhadap ekonomi US selepas Brexit reda. Hal ini juga ditambah dengan keputusan korporat yang baik, serta ekonomi US yang telah pulih dengan pesat.” Kata Koji Fukaya, penduduk FPG Securities di Tokyo.

Euro pula telah melemah sebanyak 0.1% kepada $ 1.0965 selepas tergelincir ke paras terendah dalam sebulan, sebanyak $1.0955 pada hari Jumaat berikutan insiden tembakan di Munich. Berbanding Yen, US Dollar mencatat peningkatan sebanyak 0.3%.

Yen juga dilihat dalam fasa bertahan dengan harapan agar BoJ dapat melonggarkan lagi dasar kewangan pada mesyuarat dasar yang dijadual 28 hingga 29 Julai ini.

Walaupun ura-ura mengatakan BoJ akan menggunakan kaedah ransangan ortodoks “wang helikopter”, pasaran masih mengekalkan ramalan bahawa bank pusat akan menggunakan langkah lain sebagai pengurangan dasar.

“Dollar/Yen boleh mencapai tahap 108 jika keputusan mesyuarat Fed pada minggu ini memberi sokongan kepada kenaikan kadar, dan terdapat pelonggaran dasar oleh BoJ. Pair itu boleh menurun ke paras 105 jika jangkaan itu sebaliknya,” kata Fukaya di FPG Securities.

Dalam masa yang sama, mesyuarat bank pusat akan menjadi tumpuan pasaran minggu ini, dengan Fed juga mengadakan pertemuan dasar peribadi pada 26 hingga 27 Julai.

Kedudukan bersih dolar meningkat sebanyak $10.42 bilion pada minggu berakhir 19 Julai dari $8.01 bilion minggu sebelumnya. Angka ini mengikut perkiraan Reuters dan data dari Commodity Futures Trading Commission yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.

Streling dicatat stabil pada $1.3116 selepas jatuh lebih kurang 1% pada hari Jumaat selepas kajian menunjukkan aktiviti perniagaan semakin perlahan kesan dari Brexit.

Dollar Australia juga sedikit berubah kepada $0.7471, selepas merosot 0.4% pada hari Jumaat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register