Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

US Dollar Semakin Resah Menunggu Keputusan Mesyuarat Fed

US Dollar Semakin Resah Menunggu Keputusan Mesyuarat Fed

US Dollar jatuh menjelang mesyuarat dasar Fed, manakala matawang yen meningkat sedikit walaupun jangkaan terhadap pengurangan dasar BoJ minggu ini.

Bank Pusat Amerika Syarikat akan, namun pelabur-pelabur sudah bersedia menerima apa jua isyarat yang bakal dikeluarkan Fed.

Fed Fund futures pada hari Isnin menunjukkan pasaran melihat hampir tiada peluang untuk kenaikan kadar pada minggu ini. Tetapi, peluang dilihat untuk peningkatan pada bulan Disember sebanyak 56%.

Indek US Dollar, yang mengukur kekuatan matawang Greenback menurun 0.1% kepada 97.228.

US Dollar susut 0.5% berbanding berbanding yen, manakala euro susut 0.5% kepada 115.66 yen.

Menurut sumber Reuters, kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan BoJ akan mengambil bebrapa langkah pelonggaran dasar melalui mesyuarat 2 hari itu.

Kerajaan Jepun juga meletakkan satu jumlah perbelanjaan yang besar bernilai kira-kira 20 trilion, menurut sumber-sumber kerajaan kepada Reuters minggu lepas. Walaupun begitu, jumlah perbelanjaan awam sebenar adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dicadangkan.

Satu laporan Nikkei pada hari Selasa berkata, Jepun mungkin akan menyuntik 6 trilion yen dalam perbelanjaan fiskal secara langsung ke dalam ekonomi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Pada pendapat kami, apa yang paling penting bagi yen ialah ‘mamizu’atau kandungan sebenar perbelanjaan fiskal- supaya jumlah yang cadangkan itu senang melambung,” kata ray Attrill, Ketua Global Strategi FX Bersama di Bank Nasional Australia.

“Semakin besar nilai, semakin besar sokongan dari pasaran saham dan negatif untuk yen.”

Berita itu tidak mempunyai kesan terhadap pasaran secara langsung. Sentimen juga semakin lemah apabila 19 orang dikhuatiri mati dan 45 orang yang lain cedera dalam serangan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di ruangan orang kurang upaya, Tokyo. Pembuhuhan secara beramai-ramai itu jarang berlaku di Tokyo.

Dolar Australia Dolar adalah stabil pada $ 0.7468 kerana pelabur menunggu data inflasi pada hari Rabu. Ramai dari mereka percaya isyarat kadar interest akan dipotong seawal bulan depan.

Dalam satu tinjauan Reuters juga melaporkan, inflasi asas dijangka jatuh kepada rekod terendah sebanyak 1.4%, sekali gus mendorong RBA mengurangkan kadar tunai.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register