USD/JPY Banyak Terkesan Oleh Skandal Terbaru PM Jepun Shinzo Abe

0 973

Matawang Yen melemah pada hari Selasa berbanding matawang-matawang utama yang lain berikutan perkembangan terbaru tentang skandal melibatkan Perdana Menteri Shinzo Abe dan Taro Aso. Hal ini menimbulkan keraguan tentang kebolehan Abe untuk meneruskan agenda ekonomi beliau khususnya pelonggaran monetari.

Yen didagangkan lemah berbanding US dolar dengan USD/JPY naik sehingga 0.42% setakat pada pukul 3.07 petang. Matawang Yen mengukuh berbanding USD pada Isnin apabila pasaran tertarik dengan berita terkini skandal kronisme Shinzo Abe.

Kementerian Kewangan mengaku pada Isnin bahawa mereka mengubah dokumen berkaitan dengan diskaun penjualan tanah kerajaan kepada sekolah yang dikaitkan dengan isteri Shinzo Abe.

Berita terbaru ini dijangka akan mengurangkan sokongan kepada Abe dalam pemilihan sebagai ketua parti Liberal Demokratik (LDP) pada bulan September akan datang.

Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada pasaran tentang ketidaktentuan ekonomi di mana Abe telah menggunakan polisi ekonomi beliau sejak 2012 yang termasuk polisi merendahkan nilai Yen.

Walaupun ia adalah risiko kepada Abe, tetapi ia setakat ini dilihat bukan risiko kepada Yen. Pada Isnin apabila berita ini tersebar telah menyebabkan kekuatan matawang Yen. Hari ini pada Selasa, Yen melemah pula apabila Taro Aso meminta maaf dan berjanji akan bekerjasama dalam siasatan tersebut.

Bagi US dolar, pasaran malam ini akan fokus kepada data inflasi (CPI) yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan akan menekan The Fed untuk menaikkan kadar faedahnya pada masa akan datang. Lebih penting lagi, jika pasaran membuat spekulasi kenaikan kadar yang lebih pantas iaitu 4 kali berbanding 3 kali kenaikan, ia akan menguatkan matawang USD.

Kuasai Analisis Fundamental/Sentimen Dengan Buku Ini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa