Share This Post

Uncategorized

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2014

exchange-cad-to-usd-for-5-dollars

 

Dollar CAD menokok 42 mata pada akhiran minggu lepas, terjadi selepas pasaran komoditi global tepu dengan CAD mencari-cari pembeli. Kejatuhan harga minyak ke paras terendah melemahkan eksport Canada beserta emas yang melemah lebih $20 ke paras $1157 ketika pembukaan sesi dagangan Eropah. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran Dollar CAD adalah sekitar 1.1415
Fokus pasaran adalah pada mesyuarat OPEC yang enggan menggurangkan output pengeluaran minyak bagi menangani masalah kekurangan permintaan dan peningkatan pengeluaran dari telaga-telaga baru di Amerika Syarikat, menyebabkan harga minyak mentah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 4 tahun.

Laporan dari RBC Capital Markets juga menyebut, kejatuhan CAD baru baru ini menyokong pandangan mereka yang “bullish” terhadap US Dollar berbanding CAD yang mungkin menyaksikan penilaian pasaran yang melebihi jangkaan mereka iaitu 1.15 pada akhir tahun 2014.

Penganalisis ekonomi percaya GDP Canada menokok pada 2.1% dari July hingga September 2014, berdasarkan laporan dari Royal Bank of Canada.

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!