728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-002

Dollar CAD yang melonjak lebih 30 pips pada sesi Asia dan pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3390, kembali merudum lebih 80 pips pada sesi pagi New York, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.3310, sebelum kembali naik untuk menutup sekitar paras 1.3360; setelah Dollar terus bertahan terhadap mata wang komoditi itu. Pada masa yang sama, CAD telah dilemahkan oleh kejatuhan harga emas dan minyak mentah yang berterusan.

Kejatuhan kadar tukaran USD/CAD sebanyak 13% dan 8.9% menurut perdagangan susut-nilai sebenar yang terkini pada tahun ini; telah mewakili pelarasan mudah kepada syarat-syarat perdagangan Kanada; terkesan dari kejutan harga tenaga yang lebih rendah. Pelarasan tersebut telah diperkukuhkan melalui dasar kewangan aktif, yang telah menyaksikan Bank of Canada mengurangkan kadar sebanyak dua kali, dengan 50 mata asas terkumpul pada tahun ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Tinjauan 2016 untuk CAD adalah kurang meyakinkan, dimana harga tenaga dijangka pulih secara beransur-ansur sebanyak $15 sepanjang tahun, namun perbezaan kadar akan terus luas dan memihak kepada USD/CAD apabila kitaran normal Fed telah difaktorkan sepenuhnya. Oleh itu, ramalan nilai CAD memerlukan kebijaksanaan tentang sensitiviti terhadap harga minyak di satu sudut, dan perbezaan kadar AS dan Kanada pada sudut yang lain.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan ISM PMI Pembuatan yang dijangka lebih baik, dari 50.1 kepada 50.6; dan Kanada pula bakal melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) yang dijangka kekal stabil pada 0.1%

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register