728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

trade-forex-malaysia-canada-usd

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.4110 ke serendah C$1.3965, sebelum menutup sekitar paras C$1.3970; setelah harga minyak dilaporkan kembali pulih, mendapat sokongan belian diatas paras $30 setong.  Pada masa yang sama, Kanada yang melaporkan GDP yang stabil pada 0.3% seperti jangkaan pasaran, lebih baik dari sifar pada sebelum ini, memastikan Loonie terus mendapat permintaan.

Di pasaran Kanada, Indeks Komposit Toronto memacu naik lebih 230 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 12,822 mata sebelum menutup sekitar paras yang sama. Kenaikan empat hari berturut-turut itu, merupakan kenaikan yang terpanjang sejak indeks tersebut mencecah paras terendah dalam masa 3-1/2 tahun, sekitar 11,530 mata, pada 20 Januari lalu. Nilai Dollar Kanada yang rendah, menyebabkan pelabur antarabangsa mula membeli Loonie, bagi membida aset-aset berisiko dalam Bursa Kanada.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sepanjang tahun lepas, Bank of Canada telah menurunkan kadar sebanyak dua kali bagi membantu menurunkan kos pinjaman dan pelaburan untuk membantu menjana ekonomi Kanada.  Kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau dari Parti Liberal yang memenangi pilihanraya baru-baru ini, telah berikrar untuk membawa ekonomi Kanada keluar dari kegawatan.  Antara rancangan beliau adalah belanjawan defisit, bagi membantu membangunkan sektor bukan perlombongan yang telah menjadi nadi ekonomi Kanada sejak berdekad lamanya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register