banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3585 ke serendah C$1.3480, sebelum menutup sekitar paras C$1.3540; setelah pengumuman mengejut dari People Bank of China (PBoC) tidak berdaya untuk menyokong Loonie semalam. Sebelum daripada itu, Dollar Kanada diperkukuhkan ke paras tertinggi dalam masa dua setengah bulan, apabila harga minyak mentah dan pasaran ekuiti global melonjak.

Di pasaran Kanada, Menteri Kewangan Bill Morneau berkata kerajaan akan meneruskan rancangan untuk melabur dalam projek-projek infrastruktur. Menambah perbelanjaan sektor swasta kepada projek-projek, boleh merangsang perbelanjaan yang lebih besar dan menghadkan keperluan untuk menurunkan kadar Bank of Kanada. Kebarangkalian tersebut telah menurun kepada 37% daripada 60% semalam.

telegram-moshed

Hari ini Kanada bakal melaporkan data KDNK (GDP) yang dijangka turun lebih rendah kepada 0.1% daripada 0.3% pada sebelumnya.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan PMI Pembuatan yang dijangka meningkat daripada 48.2 mata kepada 48.5 mata.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register